Thursday, October 6, 2011

Rugi RM2,600 akibat sindiket gores dan menang

Seorang jurujual kerugian RM2,600 gara-gara menyertai peraduan gores dan menang baru-baru ini.
Kejadian bermula apabila mangsa, Tan Sim May, 18, menemui dua lelaki di monorel KL Sentral yang kemudian memujuknya untuk menyertai peraduan gores dan menang.
Katanya, setelah bersetuju, dia diajak lelaki itu untuk ke pejabat mereka di Taman Danau Desa.

"Pada masa itu, saya hanya mempunyai RM2,600 dan mereka menawarkan RM1,000 sebagai pinjaman.
"Saya kemudiannya dibenarkan menggores sekeping kad dan memenangi hadiah dua tilam kesihatan dari Korea bernilai RM6,188," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan di Cheras di sini hari ini.
Jelas Sim May, dia bagaimanapun tidak menerima hadiah itu, sebaliknya hanya diberikan bantal urut diperbuat di China.

"Hadiah bantal tersebut merupakan cagaran kerana saya perlu membayar wang pinjaman RM1,000 terlebih dahulu," ujarnya.







.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 6, 2011 at 10:43 AM said...

minta2 dijauhkan lah daripada peraduan2 macam ni... semuannya penipu.. bukan mudah nak kaya cepat sebenarnya.. melesapkan duit kita adalah

Ce'gu JAERA on October 6, 2011 at 10:47 AM said...

minta2 dijauhkan lah daripada peraduan2 macam ni... semuannya penipu.. bukan mudah nak kaya cepat sebenarnya.. melesapkan duit kita adalah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!