Wednesday, October 5, 2011

Tidak mahu kahwin kerana tidak memiliki baju melayu putih

Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.

Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.








.

5 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 5, 2011 at 10:54 AM said...

adoi..alasan je tu kot...

Golden Rose on October 5, 2011 at 11:25 AM said...

takde baju melayu pun bleh dijadikan alasan utk tak kahwin...dunia...dunia

Ce'gu JAERA on October 5, 2011 at 11:39 AM said...

memang tak patut pihak lelaki buat macam tu.... tindakan yang telah memalukan pihak keluarga perempuan...

saman la, apa lagi.. saman malu ni

zuwaidah on October 5, 2011 at 2:39 PM said...

tak bersedia nak kawin la tu, bagi alasan yg tak masuk akal.

aliza on October 5, 2011 at 5:13 PM said...

kalau setakat bj melayu x dapat nak disediakan, apatah lagi nak menyediakan bahtera kehidupan, nasib baik x jadi kawen Julia, kalau x merana engkau dapat lelaki yg x reti buat apa2 kan?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!