Wednesday, November 9, 2011

Amy nasihat Nabila


Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.
Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya.









.

5 Penyokong CHELSEA:

MARIA LIZA on November 9, 2011 at 2:41 PM said...

inilah dunia artis..bila dah bercerai sepatutnya jagalah maruah tu sikit...dah jadi ibu pun kenalah jaga diri & pergaulan tu supaya akn datang anak2 pun tak rasa malu dgn apa yg berlaku..ini tak sibuk nak menyeksikan diri dahtu tangkap gambar dgn boypren baru lagi...agak2nya apa yg silap dgn perkahwinan dia dulu...maybe laki dia terlalu baik untuk dia...

fieda on November 9, 2011 at 2:53 PM said...

DAH TAK TAU NAK KOMEN APA PASAL ARTIS ZAMAN SKRG..DAH ELOK2 ADA SUAMI MINTAK CERAI,LAST2 NI JADINYA..

Kayu Manis on November 9, 2011 at 3:16 PM said...

pun tak tahu nak komen apa..urusan Allah mereka ini..bertaubatlah..

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ on November 9, 2011 at 3:44 PM said...

isskkh3x

Hanis Azla on November 9, 2011 at 4:14 PM said...

malu sendiri nak tengok gambar tu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!