Friday, November 11, 2011

Bantuan anda diperlukan


Mohammad Edyka Zulqarnien Hishammudin terpaksa bergantung hidup dengan tabung oksigen sejak dilahirkan akibat masalah paru-paru.
Badan kanak-kanak berusia satu tahun setengah ini akan menjadi kebiruan jika tidak mendapat cukup bekalan oksigen.

"Pernah berlaku semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah ibu saya di Baling, tabung kehabisan oksigen dan anak kami menjadi lemah dan sesak nafas menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk mendapatkan bantuan oksigen," kata ibunya Nurul Hafizah Hamzah, 25.
Suaminya, Hishammudin Zainol, 30, merupakan kakitangan Penjara Pokok Sena di Alor Setar.

Anak tunggal pasangan ini juga tidak boleh terhidu asap termasuk asap rokok. Dia juga pernah koma selama dua bulan serta dimasukkan ke hospital sebelum ini.
Apa yang menjadi masalah kepada suami isteri ini ialah untuk menyediakan bekalan oksigen kepada anak mereka.
"Harga satu tabung gas oksigen agak mahal dan kadangkala kami tiada duit untuk membelinya. Setiap tabung berharga RM17.89 dan hanya boleh digunakan antara lima hingga lapan jam sahaja.

"Anak saya juga kena minum susu khas yang berharga RM86.00 satu tin seberat 900 gram yang boleh bertahan antara lima hingga enam hari," kata Nurul Hafizah.
Sehubungan itu, dia dan suaminya berharap orang ramai yang prihatin sudi membantu mereka dalam mendapatkan keperluan untuk anaknya itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 019-4742505.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

1 Penyokong CHELSEA:

Cik Purple on November 11, 2011 at 3:37 PM said...

kesiannya.. cp doakan semoga adek tuh cepat sembuh..:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!