Tuesday, November 8, 2011

Begitu banyak sampah yang terhimpun



Pihak berkuasa Bangkok akan perlu mengangkut tiga hingga empat juta tan sampah apabila banjir yang menenggelami kira-kira 60 peratus daripada ibu negara Thailand ini surut.
Lori sampah di bandar raya ini tidak dapat masuk ke sesetengah kawasan banjir sejak berminggu-minggu lalu dan kemungkinan tempoh sebulan lagi diperlukan untuk air surut sepenuhnya, lapor akhbar The Nation hari ini.

Kira-kira sembilan juta penduduk yang terjejas akan mengeluarkan kira-kira 500 kilogram sampah setiap seorang sepanjang bencana itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Worrasart Apaipong.
"Buat masa ini penduduk disarankan supaya memastikan segala jenis sampah berada di atas paras air," katanya.
Cadangan itu mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah penduduk yang tinggal dalam keadaan rumah mereka ditenggelami air melebihi semeter sejak berminggu-minggu lalu.

Penduduk Bangkok juga menghadapi tugas besar untuk membaiki kereta mereka.
Kira-kira 500,000 kenderaan yang separuh tenggelam akan memerlukan sekurang-kurangnya penukaran bateri dan minyak hitam, kata Worrasart.

Thailand dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun pada musim monsun ini.
Air limpahan dari kawasan dataran tengah menakung di sebelah utara Bangkok dan sedang mengalir perlahan-lahan ke pusat bandar hari ini dalam pergerakannya ke laut, menurut Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai.

Sementara itu pakar memberi amaran, Bangkok yang dibina di atas tanah paya kini mendap perlahan-lahan dan banjir yang melandanya sekarang mungkin membayangkan senario lebih buruk pada masa depan disebabkan kesan perubahan iklim.

Metropolis ini terletak hanya 30 kilometer ke utara Teluk Siam, di mana pakar meramalkan paras laut akan naik 19 hingga 29 sentimeter menjelang 2050 akibat pemanasan global.
Jika tiada tindakan diambil untuk melindungi bandar raya ini, sebahagian besar Bangkok akan berada di bawah paras laut dalam tempoh 50 tahun, kata pakar perubahan iklim di Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs.










.

1 Penyokong CHELSEA:

Orang Kita on November 8, 2011 at 10:11 PM said...

bersih trus thailand selepas bnjir,,,

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!