Penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye mengakhiri zaman bujang dengan memilih pengurusnya, Adam Fahmi, 35, sebagai suami pada majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini, petang ini.
Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 30, bertunang pada 3 petang, dan bernikah pukul 6 petang. Dia dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Ariffin Alang Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM20,020.20 sen.
Menurut penyanyi berambut kerinting dan bersuara lantang ini, dia memilih untuk bertunang dan bernikah pada hari yang sama bagi memudahkan ahli-ahli keluarganya datang serentak di tempat yang sama.
"Bukan senang untuk mengumpulkan kesemua anggota keluarga saya pada satu masa, malah untuk majlis ini ia juga diadakan secara kecil-kecilan dengan sekitar 70 orang jemputan sahaja. Majlis resepsi perkahwinan kami akan diadakan pada 21 Januari tahun depan.
"Kami akan mengumumkan tempat ia berlangsung nanti kerana sedang berbincang dengan beberapa pihak," katanya kepada wartawan pada sidang akhbar selepas majlis yang berkonsepkan 'Japanese Romance' dan Klasik Kontemporari itu di sini.
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran, antaranya senaskhah al-Quran, beg tangan dan kasut, manakala rombongan pengantin perempuan pula membalasnya dengan tujuh dulang hantaran iaitu senaskhah al-Quran, samping songket, minyak wangi dan sepasang kasut.
Sementara itu, Adam yang sah bergelar suami dengan sekali lafaz berkata, dia menjalin hubungan percintaan dengan Ezlynn sejak dua tahun lalu selepas hampir enam tahun menjadi pengurus kepada penyanyi yang berasal dari Setapak itu.
"Selain menguruskan kerjaya Ezlynn dalam bidang nyanyian, saya juga merupakan rakan kongsi perniagaan melalui syarikat Ezlynn Entertainment sejak lima tahun lalu. Saya tertarik dengan Ezlynn kerana dia jujur di sepanjang perhubungan kami itu," ujarnya.
Antara yang terbaik..
.
2 Penyokong CHELSEA:
alhamdulillah...
alhmdllh smoge pnjang jdoh ye
Post a Comment