Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.
Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.
“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.
“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.
Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.
“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
ini akibat pengaruh judi dan dan dadah lah ni... dengan mak bapa pun sanggup ugut utk minta duit...
anak dia ni memang mintak penampo pakai kaki..kuang asam btol..
aduhaii..
apalah nak jadik ni..
dah besar panjang masih nak mintak duit dari parents..
patutnya dia yang bagi duit kat parents dia.. =.="
Post a Comment