Sejak mengalami kemalangan lapan tahun lalu, kehidupan Abdullah Shafie, 59, terus berubah. Kemalangan itu telah mengakibatkan dia lumpuh dan dia hanya mampu terbaring tanpa berbuat apa-apa.
Namun, dia masih bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang setia dan sangat tabah, Latifah Ismail, 54, yang tidak pernah jemu-jemu mengurus dan menjaga keperluan hariannya.
"Suami saya hanya mampu terbaring di katil. Makan minum semuanya di situ. Kalau ada anak, saya akan mandikan dia, kalau tidak, saya hanya lapkan sahaja badannya," katanya ketika ditemui pada program Jasa Prihatin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini, baru-baru ini.
Dalam program itu, Latifah bukan sahaja menerima sumbangan tetapi juga dikunjungi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengarah JASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mawardi Ka'ab.
Tambah Latifah, untuk meneruskan kehidupan, dia hanya mengharapkan wang pencen suaminya sebanyak RM350 sebulan dan juga bantuan anak-anak, selain bantuan lampin pakai buang daripada Baitulmal.
"Saya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak berjaya, manakala permohonan bantuan bulanan Baitulmal hanya sampai ke peringkat temuduga sahaja.
"Saya dimaklumkan bahawa pegawai Baitulmal yang berkenaan sudah berpindah ke Sabah dan saya perlu buat permohonan semula," katanya.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, program seumpama itu merupakan kali keempat diadakan di Lembah Pantai bagi membela nasib mereka yang kurang berkemampuan.
"Walaupun sumbangan yang dilakukan bersifat jangka pendek, saya pasti pihak kerajaan melalui agensi lain akan terus melaksanakan program seumpama ini bagi meringankan beban rakyat yang susah," katanya.
Hari-hari MAU...
.
1 Penyokong CHELSEA:
semoga si isteri terus tabah..
Post a Comment