Friday, November 18, 2011

Kahwin 11.11.11 dan sekarang sudah bercerai


Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.

Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu.










.

10 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

mcm2 hal

Ce'gu JAERA on November 18, 2011 at 2:21 PM said...

?Amalan hantaran dalam perkahwinan keluarga pengantin perempuan yang mana perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami."

ini lah sistem perkahwinan yang berlaku di India dan Bangla sana.. perempuan yang susah payah utk mengurus segala majlis kawin ini...

Hida Kadiso on November 18, 2011 at 3:34 PM said...

huhuhu.. cerai suda..

farz zull on November 18, 2011 at 11:31 PM said...

aaarr...nama pengantin perempuan sama dengan saya...hoh0

Solehah Shamsuddin on November 5, 2012 at 9:46 AM said...

huhu nth pe2 je.hantaran bkn syarat wajib ssuatu perkahwinan.nth pe2 je

Anonymous said...

bodo punye bangla.. dah kawin mahal2 pastu cerai

Nurfara Hani on November 10, 2012 at 10:18 AM said...

masa dan tarikh dah cantik dah.. rugi bercerai..

Cik Fie on December 4, 2012 at 3:40 PM said...

isyh . isyh . isyh .

skuterlady.blogspot.my on January 21, 2013 at 8:24 AM said...

nombor bertuah ehh? he3... masih bertuah lagi ke tu?

Anonymous said...

bertuah utk tidak mempunyai isteri lg..err..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!