Jurucakap polis berkata, dalam nahas kira-kira 4.45 pagi itu, Toh Peng Kee, 54, yang memandu Nissan Sentra, tercampak keluar setelah keretanya terbabas.
Mangsa yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang iaitu D. Devanesen, yang juga penolong Ketua Penyunting akhbar The Star.
Devanesen, 57, yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia pada 6.15 pagi semasa dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar di sini.
Tiga penumpang lain iaitu dua anak kembar Devanesen, Devakumaran dan Devadevan, 13, serta seorang wanita warga Perancis, Neagu Srancine, 81, cedera parah dan dirawat di hospital sama.
Mayat-mayat mangsa yang maut dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.
Ubati HATI yang luka...
.
1 Penyokong CHELSEA:
assalamualaikum Lulu...kenapa byk sgt accident ni kesian nyer mereka2 yg terlibatkn...oleh itu berhati2lah semasa memandu...:(
Post a Comment