Wednesday, November 2, 2011

Lebih 70 lintasan haram di Sabah


SEJAK perkhidmatan kereta api Sabah beroperasi semula pada 21 Februari lalu setelah dihentikan pada 2007 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih, ia telah memberi nafas baru kepada penduduk.
Di samping itu, ia memberi alternatif kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan 134 kilometer dari Tanjung Aru ke Tenom untuk menuju

ke destinasi masing-masing dengan kadar tambang murah berbanding pengangkutan lain.
Bagaimanapun, ia seperti melepaskan batuk di tangga apabila terdapat beberapa kelemahan, antaranya hampir keseluruhan laluan landasan itu tidak berpagar, selain mempunyai terlalu banyak lintasan haram yang amat berisiko.

Selain kejadian sebuah kereta dilanggar kereta api di Kampung Ketiau, Putatan, tidak sampai dua hari selepas beroperasi, kejadian semalam yang hampir meragut nyawa kira-kira 200 penumpang amat wajar diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak terbabit, terutama Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Terdapat lebih 70 lintasan haram yang dikenal pasti di sepanjang laluan kereta api Sabah dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Tenom sejauh 134 kilometer berbanding hanya 22 laluan berpagar iaitu yang ‘halal’.
Tinjauan mendapati laluan-laluan haram berkenaan dibina dan diturap dengan baik serta menjadi laluan utama penduduk.

Sepanjang jalan kereta api berkenaan juga tidak berpagar yang membolehkan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak untuk berada di landasan berkenaan.
Malah lintasan yang menyaksikan berlakunya tragedi kemalangan berhampiran Kampung Peringatan semalam adalah haram tetapi ia menjadi laluan utama untuk pengguna memasuki Stesen Shell.









.

2 Penyokong CHELSEA:

miss jambu on November 2, 2011 at 9:30 AM said...

setuju!!sebab genk sendiri org Sabah dan mggunakan perkhidmatan ini.

Cik Purple on November 2, 2011 at 9:50 AM said...

dekat kawasan kita org pun ada satu lintasan haram.. dekat pulak ngan stesen minyak esso.. cuma dia tak jauh sgt dari stesen keretapi.. jadi masih boleh nmpk klu tren tuh dah nak begerak.. kalau tak, mungkin kat tempat cp pun dah ada kes yg serupa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!