Tuesday, November 1, 2011

LHDN keluarkan borang bantuan isu rumah bulan hadapan

Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd Shukor Mahfar berkata, borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.
Beliau berkata, borang itu juga mungkin disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperkemaskan ”definisi isi rumah” yang telah siap 98 peratus dan dijangka disempurnakan dalam masa dua minggu lagi.
Mohd Shukor berkata, pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.









.

6 Penyokong CHELSEA:

oshin-jamel on November 1, 2011 at 4:13 PM said...

kne tggu nie :)

JunAina on November 1, 2011 at 4:22 PM said...

owhhh...alangkah ruginya saya...isirumah=rm3001...huhuhuuuu...

Diana @ BKKC on November 1, 2011 at 4:31 PM said...

agak2 dpt tak kalau wife tak keje tetap tp dpt elaun belajar bulan2...?

Marina on November 1, 2011 at 4:35 PM said...

hmmm...dapatkah? kene calculate dulu

Lulu Caldina on November 1, 2011 at 4:39 PM said...

@Diana @ bilakukatacinta apa2 pun kena tunggu bulan depan lah kan.. skrg ni tak tau apa2 lagi..

Girang Daniel Batisah on November 1, 2011 at 6:03 PM said...

ting tong~
lulu caldina kena tag.
arap2 sudi jwb soklan girang ni..

http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/2011/11/my-tagged-game-dh-bermula.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!