Monday, November 7, 2011

Manusia awal berasal dari Afrika



Satu kajian menunjukkan kelompok manusia terawal berasal dari Afrika tersebar ke seluruh dunia melalui Arab, dan bukannya Mesir.
Pengarah Projek Genografik, Dr Spencer Wells berkata, kajian selama enam tahun melibatkan proses corak pemetaan, mendapati manusia tiba di Eropah, Asia dan Ocenia dengan menyeberangi laut ke rantau Arab kira-kira 7,000 tahun dahulu.

Katanya, saintis sebelum ini berpendapat manusia berhijrah ke benua lain menggunakan laluan di wilayah Senai, Mesir, namun kajian terbaru menunjukkan kumpulan tersebut mengembara jauh ke selatan, berkemungkinan melalui Yemen.
"Bukti terbaru itu menunjukkan paras air laut mungkin rendah semasa kelompok pertama manusia dari Tanduk Afrika menyeberang ke rantau Arab melalui semenanjung Bab-el-Mandeb di Laut Merah.
"Kemudian, negara-negara di selatan Asia seperti India mungkin menjadi perhentian utama sebelum manusia tersebar ke seluruh dunia," katanya.

Jelasnya, mereka kemudiannya mengikut laluan pantai untuk turun ke timur Asia dan Oceania, manakala yang lain berpecah menujuk ke utara ke Iran, Rusia, Eropah dan China.
Penyelidik juga mendapati penduduk India mempunyai kepelbagaian genetik, sekali gus menunjukkan mereka mempunyai umur yang lebih lama berbanding manusia di Eropah atau timur Asia timur.

Saintis juga menggunakan kaedah kajian baru yang rumit untuk menyelidik laluan manusia terdahulu.
Teknik tersebut dikenali sebagai penggabungan semula (recombination), yang mana saintis memecahkan molekul asid deoksiribonukleik (DNA) dan menggabungkannya semula untuk membentuk sel baru.
Melalui kaedah tersebut, saintis dapat mengetahui kaitan manusia hari ini dan 7,000 tahun dulu. -AFP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on November 8, 2011 at 2:50 AM said...

info menarik.. fakta ni disokong sejak lama dulu tak silap... even kat malaysia ni pun ade kajian dah dilakukan terhadap masyarakat negretos yang mendiami pedalaman negeri pahang tu... kuasa allah kan...

Ce'gu JAERA on November 8, 2011 at 5:41 AM said...

kini manusia telah bertebaran di serata duniaa....
manusia manusia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!