Seperti yang dijangka, penyokong pasukan Indonesia langsung tidak memperlihatkan semangat kesukanan terhadap pasukan lawan, Malaysia. Jeritan Maling (pencuri) dijerit oleh seluruh penonton di stadium sebaik pegawai-pegawai dari skuad Harimau Muda memasuki padang Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi.
Baik, itu berita sebentar tadi... dan ini berita pagi tadi..
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung layanan penyokong Indonesia yang disifatkan boleh mengancam keselamatan skuad bola sepak negara.
P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan tegas terhadap penyokong skuad Garuda perlu diambil bagi memastikan semangat kesukanan sentiasa terjamin tanpa dicemari insiden yang tidak diingini.
"FAM dan kementerian perlu buat laporan rasmi kepada FIFA.
"Inikah cara layanan yang diterima pasukan bola sepak negara kita? Saya harap tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya pada sesiperbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Gesaan berkenaan dibuat ekoran jangkaan bahawa pemain negara sekali lagi bakal menaiki kereta perisai Barakuda untuk mengharungi final bola sepak Sukan SEA ke-26 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin malam.
Pada pertembungan terakhir peringkat kumpulan menetang Indonesia Khamis lalu, skuad Harimau Muda terpaksa menaiki Barakuda ketika mahu pulang ke hotel atas nasihat pihak keselamatan Indonesia sendiri.
Penggunaan Bakuda itu merupakan kali kedua setelah skuad negara berdepan situasi yang sama ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihak kementerian memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pemain, petugas, pegawai serta penyokong skuad Harimau Muda berada dalam keadaan baik.
"Kementerian boleh beri jaminan untuk pastikan pemain kita tidak ditekan dari segi emosi dan psikologi.
"Selain itu hubungan baik kedua-dua kerajaan juga merupakan salah satujaminan terhadap pemain negara kita," katanya.
Entah apa kena dengan Indonesia.. Bukan kah sepatutnya dalam dunia sukan, kita harus ketepikan soal perang ataupun rasicm? Ataupun apa saja masalah Indonesia, bukankah sepatutnya, dalam sukan, semangat kesukanan harus lebih dipentingkan?? Lulu teringat ketika pasukan Chelsea datang Malaysia baru-baru ni, dan seorang dari pemain Chelsea, dianggap telah menjadi mangsa rasicm dari penyokong Malaysia kerana negara asalnya, Israel.. Dan kita terpaksa meminta maaf secara terbuka..
Jika Indonesia tidak dapat memastikan keamanan dan keadilan didalam sukan, seeloknya, Indonesia tidak boleh menjadi tuan rumah dalam sukan yang berprestij ini.. kan memalukan, adakah patut pemain bola kita kena naik baracudda? ni nak pergi main bola ke nak pergi berperang? Buruk sangat ke Malaysia di mata rakyat Indonesia?
Lulu pernah pakai ni dulu....
.
10 Penyokong CHELSEA:
harap2 malaysia menang..:)
harappp sgtttt:)
betul tu.. sepatut nye masalah tak jadi seserius cam ni.. Kerajaan Indonesia sepatutnye cari jalan penyelesaiannya..
begitu pantas ye cik lulu :D
yeah . penyokong idonesia tak hormat . bukan nak mngat tapi kenyataan .. hope mlaysia menang . :)
tu la. buruk sangat Malaysia di mata indon ni. dari dulu (sebelum merdeka) sampai sekarang tak abis2 nak bencikan Malaysia. die tak sedar kite banyak tolong die. =.= MasyaAllah.
btol2...sy sokong...mase piala AFF dlu team malaysia tpaksa naik kereta kebal skrng ni pun sma...tak patut2...Tahniah buat Malaysia memenangi match 2...
tahniah malaysia kerana memenangi sukan sea ke 26 ne....time abis je pertandingan tu ada yang menagis cosz indonesA kalah...
tahniah harimau muda cosz menang....yang buat kan saya gelak adalah sebab peminat indon nangis... ha ha ha ha kelakar giler
@Anonymous
Terima Kasih untuk postingannya....
Selamat untuk kemenangannya!
^_^
Harap kita selalu jaga persaudaraan tanpa membuat suatu masalah yang baru!
karna sesungguhnya pendukung Indo sangat menghargai sekali kemenangan malaysia dan sangat berlapang dada atas kekalahannya!!
jadi jangan hawatir, indo tidak akan membuat anarkis seperti itu karena kita saling bersaudara!
apa yang terjadi pasti dialami oleh semua team dan pendukung di dunia!
"just respecting make our world Peace!"
^_^_^ "Timnas Indonesian Lovers"
@Anonymous
Terima Kasih untuk postingannya....
Selamat untuk kemenangannya!
^_^
Harap kita selalu jaga persaudaraan tanpa membuat suatu masalah yang baru!
karna sesungguhnya pendukung Indo sangat menghargai sekali kemenangan malaysia dan sangat berlapang dada atas kekalahannya!!
jadi jangan hawatir, indo tidak akan membuat anarkis seperti itu karena kita saling bersaudara!
apa yang terjadi pasti dialami oleh semua team dan pendukung di dunia!
"just respecting make our world Peace!"
^_^_^ "Timnas Indonesian Lovers"
Post a Comment