Friday, November 25, 2011

Penyanyi cantik ini terjatuh ketika menerima anugerah


Penyanyi muda Korea, IU meraih piala dalam anugerah muzik '2011 Melon Music Awards'. Penyanyi cantik ini meraih penghargaan dalam kategori 'Best Song of the Year' untuk lagunya yang berjudul 'Good Day'. IU sangat bangga dengan prestasinya tersebut.

Namun, perasaan bahagia itu sedikit terganggu kerana adanya insiden yang memalukan. Senang dengan penghargaan yang diterimanya, IU begitu bersemangat naik pentas. Dia kelihatan bergegas menuju ke pentas.
Sayangnya, kejadian yang tidak menyenangkan terjadi di pentas itu. Penyanyi yang lahir pada 16 Mei 1993 ini terjatuh sebelum dia sampai ke depan mic. Tentu saja adegan tersebut membuat heboh kepada penonton yang menghadiri acara itu. Dan IU juga sangat malu kerana insiden jatuh tersebut. Ketika terjatuh pun, wajah IU sempat tersenyum kecil. Lalu, dia buru-buru menguasai dirinya dan berdiri kembali.

"Halo semua, ini IU," katanya sambil tersenyum malu seperti dipetik dari Allkpop, Jumaat, 25 November 2011.


IU kemudian meneruskan ucapan kemenangannya dengan mengucapkan terima kasih kepada orang tuanya dan seluruh pengurusannya. Lalu, dia kembali ke tempat duduknya.

Beberapa artis dan seniman lain juga terus mengasak dengan pertanyaan kepada penyanyi tersebut. Mereka bertanya, apakah IU dalam keadaan baik. Dengan senyum malu, penyanyi ini mengaku dia tidak terluka.




P/S - Nasib baik tak jadi kat sini, kalaulah terjadi kat sini, entah macam mana jurukamera nak cut pengambaran bila tengah LIVE kan..ekeke







.

13 Penyokong CHELSEA:

unknown girlz on November 25, 2011 at 10:00 PM said...

hee..TERjatuh pun tetap comellll :)

Nadya. on November 25, 2011 at 10:00 PM said...

kan ada yang jaclyn victor jatuh kat pentas rtm tu. hehe

Unknown on November 25, 2011 at 10:20 PM said...

Nasib baik comel... hehehehe...

Ce'gu JAERA on November 25, 2011 at 11:45 PM said...

wakakakaka... aku nak tergelak kat sini laaa..... ehehehe... malunya tu jatuh depan orang ramai.... ngeeee~

N A T A S Y A ツ on November 26, 2011 at 12:14 AM said...

eh , IU la :D
lagu die best ^^

da tengok video-nye , kesian die xD

ishiko on November 26, 2011 at 12:26 AM said...

IU !!!!!!!!!!!

Anonymous said...

dia pandai cover dgn senyum..kalau nangis? dh la pakai skirt hehe..sian dia..

.........cP~ on November 26, 2011 at 7:07 AM said...

Aduh. Tapi saya suka suara IU. :)

Aku Anak Pahang on October 17, 2012 at 4:44 PM said...

Alahai nak malang tu...
http://akuanakpahang.blogspot.com/

Unknown on October 27, 2012 at 11:43 PM said...

Iu is a (Falling Princess) . title ny fans korea yg kasi . hehee . dh bnyk kali dy jatuh that's y dpt title toe .

Cik Fie on December 6, 2012 at 1:39 PM said...

comel la dia terjatuh . haha . :)

Unknown on December 10, 2012 at 11:09 PM said...

alahai siannya

Hazrul White-Gluz on January 3, 2013 at 10:08 PM said...

Ini kira ok lagi... malu pun x teruk sangay malunya... ada yg sya nampak sudahlah pakaian mjolok mata... sekali jatuh habis nampak bahagian atasnya...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!