Thursday, November 17, 2011

Remaja leka berjudi


Enam remaja termasuk seorang perempuan di bawah 16 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis snuker yang menjalankan aktiviti permainan perjudian menangkap ikan ala kasino di Kepong di sini, malam tadi.
Mesin permainan berbentuk judi itu yang dirampas itu dipercayai baru dibawa masuk ke negara ini untuk menarik minat pelanggan terutama remaja.
Premis berkenaan antara empat premis perjudian yang diserbu Bahagian Kongsi Gelap, perjudian dan maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir dua jam kemudian.

Permainan judi dengan pertaruhan minimum RM10 itu menawarkan hadiah menarik di mana pemenangnya dipilih berdasarkan mereka yang mengumpul mata tertinggi dalam kumpulan membabitkan lima individu.

Difahamkan, premis itu turut menyediakan permainan 'jackpot' dengan nilai taruhan minimum RM50 dan maksimum RM1,000 bagi merebut wang pertaruhan sehingga RM10,000 bagi cabutan setiap bulan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata premis berkenaan mempunyai lesen snuker namun turut menjalankan aktiviti perjudian komputer di dalam sebuah bilik berasingan.

“Hasil serbuan, kita berjaya merampas 99 komputer berinternet yang digunakan untuk perjudian dan sebuah mesin permainan seperti di kasino. Kami turut merampas wang tunai lebih RM1,400.

“Kami menahan enam remaja lelaki dan seorang perempuan berusia bawah 16 tahun yang masih bersekolah ketika mereka sedang leka bermain permainan judi terbabit. Penjaga premis warga Indonesia berusia 27 tahun turut ditahan,” katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk diambil keterangan dan ibu bapa pelajar terbabit turut dimaklumkan berhubung penahanan itu.

Azman berkata, premis yang menjalankan aktiviti 24 jam itu dipercayai sudah lama beroperasi berdasarkan lesen perniagaannya.







.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on November 18, 2011 at 6:37 AM said...

awasi kegiatan anak2 dan adik kita dr gejala sebegini

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!