Friday, November 11, 2011

Teksi Untuk Wanita Sahaja


Sebuah syarikat pengangkutan awam di Colombia akan melancarkan perkhidmatan teksi khas untuk penumpang wanita sahaja, demikian menurut sumber rasmi.

Jenayah keganasan dan pembunuhan yang sering berlaku di Colombia, perkhidmatan teksi yang diberi nama Femtaxis itu dijalankan untuk menyediakan satu perkhidmatan yang melindungi keselamatan wanita.
Bandar Medellin, 400 kilometer dari Bogota yang sering berlaku jenayah, Femtaxis cuba untuk menyediakan satu perkhidmatan yang khusus dan terbaik untuk pelanggannya, kata seorang jurucakap syarikat tersebut pada Rabu.

Medellin mempunyai seramai 2.2 juta penduduk dan sebanyak 73 wanita menjadi mangsa pembunuhan dalam enam bulan pertama tahun 2011.
Idea menghasilkan Femtaxi adalah dari Jabatan Hal Ehwal Wanita bandar tersebut.
Seramai 400 pemandu teksi yang telah dilantik diberi latihan khas untuk memandu teksi yang ditanda khas dan memakai baju berwarna hijau.





P/S - BACA YANG NI PULA [klik]





.

1 Penyokong CHELSEA:

maszull on November 12, 2011 at 12:27 AM said...

assalamualaikum Lulu..best gak ada teksi utk wanita jer kn terselamat...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!