Saturday, December 31, 2011

11 larangan malam tahun baru


Seramai 4,000 anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi tertentu untuk memastikan lalu lintas ketika perayaan menyambut Tahun Baru 2012 di Jakarta berjalan dengan lancar.

Polis Metro Jaya dalam pada itu turut mengeluarkan 11 larangan kepada warga Jakarta yang mahu merayakan malam Tahun Baru itu di bandar raya ini, lapor Pos Kota.Antara larangan itu ialah tidak melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan kenderaan seperti pick up, trak atau kereta yang tidak berbumbung.

Orang ramai juga dilarang menaiki bumbung kenderaan, terutamanya kepada mereka yang menaiki bas atau pengangkutan awam pada malam perayaan Tahun Baru.

Kenderaan juga dinasihati supaya tidak diletakkan sembarangan, manakala bagi penunggang motosikal dilarang membawa secara laju, menggunakan topi keledar, sentiasa berada di bahagian kiri jalan dan menyalakan lampu utama.

Penunggang motosikal juga dilarang membuka penapis bunyi ekzos dan tidak melakukan konvoi kerana boleh menyebabkan kesesakan. Orang ramai juga dilarang membawa senjata dan tidak boleh memasang siren pada kenderaan.









.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!