Thursday, December 15, 2011

20 jam pembedahan pisahkan mereka


Pasukan perubatan Chile awal pagi ini berjaya memisahkan pasangan kembar Siam berusia 10 bulan yang bercantum di bahagian dada dan punggung dalam satu pembedahan maraton selama 20 jam.
“Kami gembira kerana pembedahan ini berjalan lancar seperti yang diharapkan,” kata Ketua Pasukan Perubatan, Francisco Ossadon.

Pembedahan bagi memisahkan kembar tersebut antara prosedur kompleks yang pernah dilakukan di rantau ini.

Pasukan yang terdiri daripada 25 pakar pelbagai bidang itu memulakan operasi awal semalam di Hospital Luis Calvo Mackenna.

Kedua-dua bayi itu dijangka akan melalui beberapa pembedahan berasingan lagi selepas ini.








.

2 Penyokong CHELSEA:

Admin on December 15, 2011 at 7:49 PM said...

Alhamdulillah :)

maszull on December 15, 2011 at 9:00 PM said...

assalamualaikum Lulu...moga kedua2nya selamatkan...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!