Sunday, December 18, 2011

Borang fotokopi BR1M sah


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalin semula adalah sah untuk digunakan selain borang asal yang diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, borang tersebut boleh digunakan dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pendaftaran dan pengagihan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, sehingga 15 Disember lalu, sebanyak dua juta borang permohonan diterima LHDN dan kesemuanya sedang diproses bagi memastikan pembayaran dapat dijalankan secara berperingkat selewat-lewatnya pertengahan Januari depan.

"Borang fotokopi memang dibenarkan penggunaanya kerana dalam proses pendaftaran yang menyasarkan 5.2 juta pemohon, adalah amat sukar jika kita bergantung kepada LHDN semata-mata.
"Oleh itu, pembukaan kaunter-kaunter di seluruh negara termasuk penglibatan pemimpin tempatan dalam mengedarkan borang tersebut amat membantu bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang fotokopi BR1M di Hotel Impiana di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.
Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.

"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.

Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut.










.

1 Penyokong CHELSEA:

Cik Purple on December 18, 2011 at 10:36 AM said...

hahaha.. ni yg buat gempak.. cp terus kontek penyelia.. dia ckp, menteri kewangan IIsuruh tarik balik article tu.. sebab borang fotokopi mmg sah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!