Thursday, December 1, 2011

Dia mengalami kemurungan teruk


Suri rumah, Yim Pek Ha yang disabit kesalahan kerana menyebabkan kecederaan teruk terhadap pembantu rumahnya rakyat Indonesia, dimasukkan ke wad psikiatri Pusat Pakar Universiti Malaya (PPUM) akibat kemurungan, Mahkamah Rayuan diberitahu di sini, semalam.
Peguamnya, Datuk Jagjit Singh mengemukakan sepucuk surat daripada Prof Madya dan konsultan psikiatri hospital itu Dr Subash Kumar Pillai, menyatakan ibu empat anak itu mengalami kemurungan teruk dan beliau kini merawatnya.

Dalam surat itu, konsultan berkenaan menyatakan kini, Yim, 43, merasakan ‘fikirannya sangat terganggu dan kemurungan’ dan mengalami ‘niat untuk membunuh diri’.
Konsultan itu berkata, sungguhpun Yim agak stabil, keadaannya bertambah teruk sejak beberapa minggu lalu.

Surat berkenaan menyatakan Yim dimasukkan ke hospital itu kelmarin.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Azhar Ma’ah dan Datuk Clement Allan Skinner membenarkan permohonan peguamnya untuk menangguhkan perbicaraan rayuan beliau itu serta rayuan balas pendakwaan terhadap hukumannya tempoh dipenjarakan.
Sulong menetapkan 5 Mac depan bagi tarikh akhir perbicaraan.

Sementara itu, panel menolak permohonan pendakwaan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Yim.
Timbalan Pendakwa Raya, Abazafree Mohd Abas membuat permohonan itu selepas membantah penangguhan itu atas alasan ini bukan pertama kali permohonan untuk menangguhkan atas sebab dia mengalami kemurungan.

Beliau berkata, tidak ada ketentuan dalam rayuan itu kerana ada kemungkinan Yim tidak menghadiri perbicaraan akan datang.

Jagjit kemudian memberitahu mahkamah kali terakhir beliau melihat Yim, beliau dalam keadaan ‘zombie’ selepas makan ubat.

“Ia persepsinya (Yim) bahawa dia tidak bersalah,” kata Jagjit sambil menambah hukuman penjara terhadapnya menyebabkan dia kemurungan.

Yim menghadapi empat pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk terhadap pembantu rumahnya, Nirmala Bonat di apartmennya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Selepas perbicaraan, dia didapati bersalah dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas tiga kesalahan menyebabkan cedera teruk terhadap Nirmala menggunakan seterika panas dan air panas, tetapi dibebaskan atas empat pertuduhan yang menyebabkan kecederaan kepada pembantu rumah itu dengan cawan logam.

Dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hukuman penjaranya dikurangkan kepada 12 tahun.

Mahkamah Tinggi mengekalkan sabit kesalahannya untuk pertuduhan pertama dan kedua, tetapi membebaskannya atas pertuduhan ketiga. Mahkamah Tinggi juga menolak dan membebaskan pertuduhan keempatnya kerana mematahkan hidung pembantu rumah itu dengan cawan keluli oleh Mahkamah Sesyen.





P/S - Gambar lama..








.

2 Penyokong CHELSEA:

Hardy Boy on December 1, 2011 at 10:19 AM said...

ntah2 saje je taktik dia xmau dikenakan hukuman... (^_^)

Sarah said...

Balasan kepada orang kaya yang sombong. Buat orang macam sampah. Sekelip mata Tuhan tukarkan kesengsaraan Nirmala tu kepada dia plak. Pengajarannya lain kali jangan perlakukan manusia seperti binatang.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!