Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.
"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.
Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.
Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.
"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.
"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.
Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.
"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.
Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.
"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.
"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia.
.
4 Penyokong CHELSEA:
ahahaha.. cayalah... bagus juga ada idea macam ni.. sekurang2nya anak2 bangsa tidak hanyut dengan dunia maksiat mereka...
Islam di Acheh memang kuat denganprogram keagamaan
nasib diorg nak gak ikut arahan..
haha kelakar plak sebenarnye..kesian tapi sebenarnye bagus jugak kan! :)
kan bagus kalau malaysia buat macam ni
Post a Comment