Wednesday, December 7, 2011

HOTEL TANG DYNASTY, KOTA KINABALU


INI ADALAH BAHAGIAN 1 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU


Percutian yang lengkap adalah bila bercuti dengan budget yang berpatutan dan berbaloi..
Dah lama survey harga-harga hotel kat Kota Kinabalu ni. Hari tu dah buat status kat FB, tanya mana-mana link yang ada hotel murah.. eh hotel banyak bintang tapi murah.. hah baru betul penerangan tu..




Dan, menakjubkan, bila dapat tahu Hotel Tang Dynasty ini menepati citarasa. Harga RM100 keatas, bergantung pilihan katil yer. Dan yang paling best, untuk kakitangan kerajaan ada harga diskaun disitu. Semasa lulu menetap di hotel ini, ramai kakitangan kerajaan yang 'check in' dan check out' disini.. Tak kiralah dari Sabah ke, Sarawak, mahupun tanah semenanjung. Itu sudah membuktikan bahawa hotel ini memiliki keistimewaan yang tersendiri..




Masa nak check in (gambar lobi/kaunter takde), agak kecewa juga sebab pekerja kaunter tu agak kurang mesra. Tiada senyuman diberikan, dan kelihatan sibuk sangat. Bila bilik diberi (owh dah booking awal 2 minggu yer), pergi naik check, tapi bilik tu, lulu tak puas hati sebab aircond dia bising.. So, suggest tukar bilik lain. Org kaunter cakap suruh tunggu 2 jam lagi. Check in pukul 2, lulu sampai pukul 2, so kena tunggu pukul 4. alahai, kecewalah kan, siap minta diskaun sebab kelewatan tu.. tau lah hotel full masa tu. Dengar jer nak minta diskaun, ajaib, ada lak kan bilik kosong.. ekeke
















Dan lulu terkejut bila masuk bilik, adeh, besarnya bilik tu..Untuk yang family memang sesuai.. Dan kat bilik tu, ada tv, peti sejuk dan banyak lagi.. Dan tandas yang besar. sangat besar.. Tak sangka begitu berbaloi kan tinggal kat hotel ni.. ekeke.. Tak usah panjang lebar, jom tengok hotel ni sendiri..











Lulu ambik dengan breakfast sekali, dan makanannya boleh tahan.. sayang nak tinggal hotel ni..wuwu..
Hotel ni kira satu bangunan dengan pusat membeli belah Plaza Wawasan yer (betulkan lulu jika salah). senang jer kalau nak jalan, nak makan kepsi atau mcd.. semua ada kat situ.. Giant pun ada.. Dan buat pengetahuan semua, hotel ini terletak dipusat bandar yer..memang strategik. centre point? hotel promenede? pasar pilipin? semua area situ jer..

















Antara makanan yang dihidangkan (breakfast). Boleh tambah seberapa nak..ekeke




Dan pemandangan dari bilik lulu pun boleh tahan.. Kota kinabalu memang dah maju...wuwu.. disana sini ada pembangunan...















ok, ada banyak lagi cerita mengenai percutian lulu di kota kinabalu.. kita sambung lain kali yer...
Semoga menjadi panduan buat semua yang ingin bercuti di kota kinabalu.





P/S - Untuk lebih lanjut mengenai SABAH, boleh tengok kat SABAH TOURISM.













.

29 Penyokong CHELSEA:

Syafiq Ahadin on December 7, 2011 at 7:07 PM said...

next year nanti Lulu p lagi ek kat sana!! kita jumpaaaaaaaaa!!!!!!! huargggggggghhhhhhhhh!! thanks promote Sabah. :)

Cik Puan Kocik on December 7, 2011 at 7:21 PM said...

Tahun depan baru nak plan pergi bercuti ke sabah ... hu hu

fRaMe+LenSeS on December 7, 2011 at 7:38 PM said...

Cmbest ja kan. Ni rs nk kmpl dt g ct ni

Ce'gu JAERA on December 7, 2011 at 7:42 PM said...

Wowww.. Besarnya bilik. Lulu Honeymonn ngan sapa ni ek... ehehehe...

Saya sendiri pun tak penah lagi stay hotel ni.. Kalau p KK sekadar cari umah tumpangan ja... hoho... nak bajet punya pasal (",)

saya suka dgn ayat ni---> "senang jer kalau nak jalan, nak makan kepsi atau mcd.. semua ada kat situ.."

Haha.. Lulu dan Kepsi tak pernah dipisahkan .. Ingat Lulu ingat Kepsi :P

miss jambu on December 7, 2011 at 8:12 PM said...

lulu masih kat KK ke?? meh la g LHDN KK, genk dan CP da kat situ heheh..tak jauh dari hotel tmpt lulu tggl

Biey on December 7, 2011 at 8:20 PM said...

wah cik lulu pegi sabah la.. hehe..

Asmara on December 7, 2011 at 8:41 PM said...

Aha akk masa cuti sabah dulu pun duk situ. Sgt strategik semua tempat pun dekat. Harga standard, buffet pun byk pilihan. Puas hati dan berbaloi jugak. Bwh ada shopping senang beli brg. Chewah promote pulak ye. Rindu plak nak balik msia dan bercuti2 kat msia. :D

Cik Purple on December 7, 2011 at 8:49 PM said...

sis lulu.. cp ngan genk kat hasil depan tuh jer.. hihi.. jom kte jumpa2.. :D

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:17 PM said...

@Syafiq Ahadin hah kira promote sabahlah ni.. ada banyak lagi bahagian akan muncul..tunggu :)

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:18 PM said...

@Cik Kamoo owh ya? kompem tak menyesal.. :)

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:18 PM said...

@fRaMe LenSeS ok jer, kalau pandai merancang, tak perlu pakai banyak duit nadh

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:19 PM said...

@Gen2Merah alaa, ramai cikgu tinggal kat hotel ni tau..sbb ada diskaun ekeke.. yer ingat lulu ingat kepsi dan chelsea hoho

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:21 PM said...

@c genk bah ne dah balik hari isnin lah.. :) masih letih lagi ni

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:21 PM said...

@Biey yeah yeah :D

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:22 PM said...

@Asmara betul kak, jom datang lagi suatu hari nanti...

Lulu Caldina on December 7, 2011 at 10:22 PM said...

@Cik Purple Pinkypuff orang dah baliklah..ngee

Anonymous said...

terkenang js time mula2 kena bertkr ke sbh. hotel ni la penginapan pertama kami ketika pertama kali kami smpi sini dlm thn 2000 dulu. hehe

mmg kt sini senang dan dekat je..dulu kt belakang hotel ada eksplonade tp skrg tak tau camne..dan jalan yg dua tingkat time sy duk dulu blm ada. hehe..

sabah dh byk berubah berbanding dulu.

aitotyati on December 7, 2011 at 10:42 PM said...

Lulu,

kbykn hotel2 kt malaysia ni mmg akan bagi goverment diskaun dgn syarat tunjuk bukti government servant.

kt fastfood restaurant pun boleh minta diskaun klu government servant
:D

adieque alizah on December 8, 2011 at 1:08 AM said...

kitaorg pn slalu penginap d hotel ni gak kalo pg kk.. #cik akak dkt kaunter tu mmg x pndy senyum.. masam semacam je.. tu yg x suka tu.. bilik dia mmg puas hati la.. hehee

*kdg2 kitaorg penginap di hotel Aristo,putatan.. lg murah.. dkt je ngan tanjung Aru.. hehee :D

sumysya on December 8, 2011 at 8:28 AM said...

kalu nk booking hotel ni camne?? ade laman web ke booking dengan call jer??

NeenaAnuar on December 8, 2011 at 9:02 AM said...

wahh turun Lulu pulak ke sabah yer.. hihi.. I baru balik dari sana last month.. now bile tengok you jalan2 ke sana teruss teringin nak ke sana lagi sekali.. coz sabah best kan! :D

nanti sambung lagi cerita about this trip tau! :D

amiey lee on December 8, 2011 at 9:36 AM said...

cik lulu...bagus2..sbb bulan 4 nak kesana so nk kumpul info nih..

dulu pegi masa honeymoon skrg nak bawak anak2..

Unknown on December 9, 2011 at 5:49 PM said...

nampak sedap....

siti said...

nk tanya, tertarik dgn post ni...kalau nak booking hotel tang dynasty ni cmne ek?average harga pulak mcm mna ye?

Lulu Caldina on April 23, 2012 at 5:04 PM said...

@siti boleh tengok kat laman web hotel yang lulu sediakan.. dalam RM100++ biasanya lengkap dengan breakfast. untuk kakitangan kerajaan ada special diskaun..

siti said...

oh yeke..tmasuk service, tax smua tu lbh 150 x?hehe...sbb ektuli nk cari budget hotel..tp cam bez lak tgk hotel tang ni..strategik gak tmptnye kan..

Lulu Caldina on April 23, 2012 at 8:42 PM said...

@siti awak, rasanya tak sampailah, sebab bilik yang lulu ambil tu bilik family, dengan 1 katil king dan 1 single.. kalau lebih kecil, mestilah jauh lebih murah. Tapi dijamin, hotel ni mmg sangat strategik, jalan kaki jer pun boleh :) cubalah tgk kat laman web nya, lepas tu cuba tgk hari nak pergi tu, hah kat situ dah boleh budget brp kan

siti said...

trima kasih byk2 taw...awak byk sgt mbantu...hehe...=)
insyaAllah, nk pg cuti skola ni nanti..tqvvm..

Lulu Caldina on April 24, 2012 at 8:10 PM said...

@siti kalau jadi, buat entri yer, nak baca :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!