Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.
Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.
Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.
Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.
.
12 Penyokong CHELSEA:
kot ye pun tak perlu media ceritakan aib org..
ni hal dalaman suamiisteri..
ni la silap dunia artis kte..buka aib orang..
ouhh..begitu ker kisahnyer....ermm..kesian
ermmm..sampai mcm ni?
ermm habislah bila aib dibuka..
mmm.. dah tau perangai gitu watpe kahwin jugakan. bukan senang nak ubah perangai org.
aduss..apa punya bini daaa..
x yah simpanlah bini kalo cam ni...bukan boleh contoh terbaik utk anak2 pun..
ala tgk muka pompuan ni pin mmg muka sosial. yela anak org kaya kan.. jimmy hanya menjalankan tggjawab dia je bg penampo tu.. haa tu baru dia tau langit tinggi ke rendah bila dah kawin.. syurga dibawah tapak kaki suami... adoii zaman skang ni mcm2...
bila masuk mahkamah, semua cerita pun keluar, hemmmmmmm sian ke family doranglah sebab abis bukak semua aib
jimmy...jimmy....susah2x sangat, 'lepas' bini kamu tu....Kesian pulak aku tgk..Asik turun naik mahkamah...tak setel2x jugak masalah
assalamualaikum Lulu...bila dah nak bercerai semua keburukan pasangan nampak dan terbongkarkan...apalah dunia skg ni mcm2 jadinya...:)
habih terbuka aib...macam2 lah
kesian Jimmy... baik cari bini lain drp menyusahkan diri... huhu
Post a Comment