Thursday, December 8, 2011

Maut diserang gajah liar


Seorang pelancong wanita warga Australia maut selepas diserang seekor gajah liar di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika mangsa, Jeanna O' Grady Donley, 26, sedang mengambil gambar gajah berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Ambu berkata, gajah berkenaan dipercayai menyerang mangsa selepas terkejut dengan bunyi dan pancaran cahaya daripada kamera mangsa.
Ketika kejadian katanya, mangsa bersama seorang pemandu pelancong pergi ke kawasan lumpur gunung berapi di pusat perlindungan hidupan liar berkenaan.








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!