Thursday, December 29, 2011

"Orang Miskin Bau Busuk"


Seorang pegawai di Mexico yang anti-kemiskinan telah dipecat selepas menyiarkan komen pada laman media sosial dengan menyatakan bahawa orang-orang miskin berbau busuk.

Agensi anti-kemiskinan Mexico berkata, Carlos Talavera yang memegang jawatan sebagai Pengarah Briged Jangkauan di barat bandar Uruapan dilucutkan jawatan selepas menyiarkan kenyataan tersebut di laman sosial Facebook.

Komen asal yang tersiar menggambarkan satu acara yang dihadiri oleh orang-orang miskin yang berbunyi "ini adalah kebenaran, bau orang-orang miskin dan buruk ini sangat teruk."

Pada Selasa, Jabatan Pembangunan Sosial berkata bahawa pihaknya "terus terang mengutuk" komen Talavera.

Talavera juga telah memohon maaf di akaun Facebooknya, dengan berkata "saya menerima ianya sebagai satu kesilapan."

Kira-kira 47 juta daripada 112 juta rakyat Mexico hidup dalam kemiskinan.






.

1 Penyokong CHELSEA:

mujagirl92 on December 29, 2011 at 2:07 PM said...

mcam la dye tu wangi sangat kan,, sedap2 hati je hina orang camtu,, huh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!