Seorang mahasiswa universiti di Indonesia yang bertindak membakar dirinya sendiri dalam satu tunjuk perasaan di Istana Presiden di sini, meninggal dunia semalam.
Jurucakap polis, Kolonel Angesta Romano Yoyol hari ini berkata, pelajar undang-undang itu, Sondang Hutagalung, 22, bertindak membakar dirinya di hadapan Istana Presiden, Rabu lalu, kejadian pertama seumpamanya di negara ini.
"Pelajar itu maut di hospital, lokasi dia menerima rawatan. Sondang mengalami kesan terbakar di 98 peratus badannya,'' katanya.
Sondang sememangnya dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia namun tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan pelajar itu mengambil tindakan tersebut.
Angesta berkata, polis masih menyiasat kejadian tersebut.
Media tempatan melaporkan, Sondang menyimbah tubuhnya dengan minyak petrol dan membakar dirinya sebelum berlari ke arah sebuah papan tanda memaparkan gambar Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono.
Saksi memberitahu akhbar Jakarta Globe, pelajar itu turut melaungkan slogan antikerajaan.
Seorang lagi jurucakap polis, Baharudin Djafar berkata, polis tidak dapat memastikan apakah motif dia berbuat demikian.
Pelajar tersebut kali terakhir dilihat menyertai satu tunjuk perasaan pada 7 September lalu yang mendesak keadilan seorang aktivis, Munir Thalib yang maut akibat keracunan arsenik ketika menaiki penerbangan Garuda.
.
2 Penyokong CHELSEA:
masyaAllah...sampai mcm tu sekali. T__T
nak marahkan kerajaan pun jangan lah sampai menjahanamkan diri.
tindakan yang bodoh ni
Post a Comment