Walaupun Vietnam menyekat rakyatnya daripada menggunakan Facebook namun ia tidak menghalang pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg pergi bercuti ke negara komunis itu.
Zuckerberg menghabiskan masa pada malam Krismas di destinasi pelancongan popular Ha Long Bay, kata pegawai rasmi tempatan Trinh Dang Thanh.
Beberapa media tempatan melaporkan Zuckerberg tiba di Vietnam pada 22 Disember.
Pengasas Facebook itu menghabiskan Hari Krismas di rumah penginapan-eko di bandar gunung utara Sapa dan menunggang kerbau, kata Le Phuc Thien, Timbalan Pengurus di rumah penginapan Topas.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun merupakan ketua pegawai eksekutif dan pengasas bagi laman rangkaian sosial popular pada tahun 2004.
Penapis internet agresif di Vietnam menyekat akses daripada melayari Facebook tetapi golongan muda rakyat negara itu begitu mudah memintas sekatan itu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
serupa macam di negara China.. Facebook adalah illegal sama sekali...
salah satu sebab tidak mahu generasi mudanya hanyut dengan budaya online yang melalaikan..
@Gen2Merahw/pun China sekat Fb, tapi mereka ada rangkaian social sendiri.ini bukan menyekat supaya rakyat mereka tidak hanyut, tapi lebih kepada menjaga ideologi mereka agar tidak hilang dalam minda rakyat.
Post a Comment