Tuesday, December 13, 2011

Tak boleh menutup mulut selepas menguap


Menguap adalah hal yang sangat biasa apalagi ketika bosan, mengantuk, atau kadar oksigen dalam otak berkurang. Namun, hati-hati ketika menguap. Jangan sampai anda tidak dapat menutup mulut kembali, seperti menimpa remaja yang berasal dari England, Holly Thompson.

Gadis 17 tahun itu menguap ketika sedang mengikuti pelajaran politik di sekolahnya, Kingsthorpe, Northampton. Namun, itu menjadi awal petaka. Setelah membuka mulut lebar-lebar, dia seperti terperangkap. Mulutnya tidak dapat tertutup kembali.

Terkejut tidak dapat menutup mulutnya kembali, Holly segera meminta bantuan teman sekelasnya. Namun, sia-sia. "Ketika dia tidak dapat membantu saya menutup mulut, dia melaporkan ke guru," ujarnya.

Merasa malu kerana ditertawakan teman-teman sekelas dan guru, Holly langsung membuat pemeriksaan diri ke unit kesihatan sekolah. Namun, semua upaya yang dilakukan jururawat untuk menutup rahangnya gagal. Dia lalu dikejarkan ke rumah sakit untuk rawatan lebih lanjut.

Walaupun sangat aneh dan mungkin lucu, doktor Ejiro Obakponovwe tidak terfikir hal tersebut patut ditertawakan. "Ini boleh jadi sangat serius kerana dia tidak boleh makan, tidak boleh benar-benar minum, dan akan benar-benar dehidrasi," ujar Ejiro dalam acara BBC 'Bizarre ER'.

Untuk mengatasi hal ini, Ejiro meletakkan 26 depressors lidah di mulut Holly. Ini dilakukan untuk membuat rahang letih dan rileks sehingga boleh kembali tertutup. Setelah itu berhasil, Ejiro pun memperbaiki posisi rahang Holly dengan kedua tangannya. Setelah kejadian itu, Holly dilarang menguap, kerana keadaan rahangnya menjadi tidak stabil.

Terlepas dari penderitaannya, kejadian yang dianggap memalukan ini justru membuatnya terkenal di Youtube. Bagaimana tidak, video yang menampilkan Holly dibuat dengan sangat unik dan lucu, di mana dia digambarkan dalam tokoh kartun. "Itu bagus, tapi saya lebih suka menjadi terkenal untuk sesuatu yang lain," ujar Holly.







.

5 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Woa~ seram guwa membaca entri nih. Erk?!

syuk on December 13, 2011 at 5:17 PM said...

mak aih! dashat nye serangan!

Arra Ahmad on December 13, 2011 at 5:41 PM said...

hal ini dipanggil lock jaw..dan boleh berulang..:)

Hanis Azla on December 13, 2011 at 7:52 PM said...

akak pernah kena lulu.. mmg sgt menakutkan.. setiap kali menguap mmg teringat2..

Ce'gu JAERA on December 14, 2011 at 12:31 AM said...

hihihi.. mula2 baca nak tergelak pun ada... tapi kesian plak kan... tak dapat nak bayangkan kalau mulut asyik ternganga tak bole makan tak bole minum.. huhuhu...

pasni mesti dia tak nganga besar2 kalau menguap.. dalam Islam pun kita d galakkan utk tutup mulut kalau nguap..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!