"Tolonglah bantu suami saya," demikian permintaan seorang isteri, Salmah Mat, 61, yang merayu ihsan orang ramai demi menamatkan penderitaan yang ditanggung suaminya sejak dua tahun lalu.
Suaminya, Zakaria Awang, 76, dari Kampung Rambong Batu Tujuh dekat sini yang menderita barah hidung kini terpaksa menahan kesakitan apabila ketumbuhan kecil dalam hidung merebak dan semakin membesar.
Lebih parah, ketumbuhan tersebut merebak ke bahagian muka Zakaria termasuk gigi dan bahagian pipinya yang hancur bagaikan dimakan kuman.
Kata Salmah, penyakit itu mulai dikesan selepas berlaku pendarahan sebelum merebak dan membesar dengan cepat.
"Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan termasuk menemui pakar perubatan di hospital kerajaan mahupun swasta tetapi penyakit berkenaan terus merebak.
"Suami saya kini hanya menanggung sakit dan berharap ada pihak dan pakar perubatan mampu mengubati," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ketika ditemui, Zakaria hanya mampu mendengar dan duduk kerana tidak lagi mampu berbuat apa-apa akibat kekurangan zat berkhasiat yang dipercayai berpunca dari mulut, gigi dan rongga hidung nya yang sudah rosak.
Menantu Zakaria, Zawari Md. Isa, 36, berkata, sudah berpuluh doktor dan bomoh ditemui, namun sehingga kini keluarganya belum menemui kejayaan.
Katanya, dia bercadang membawa bapa mertuanya melakukan rawatan di Yala, selatan Thailand, namun bimbang keadaan keselamatan di sana.
"Kami habis berikhtiar dan ber harap mana-mana pihak atau pakar penyakit berkenaan dapat membantu rawat bapa mertua saya," katanya.
Zakaria sebelum ini hanyalah pekerja kampung mempunyai sembilan anak dan 18 cucu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
alalala... kesiannya.. tak sampai hati nak tengok.. semoga ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan...
Post a Comment