Tuesday, December 13, 2011

Wanita maut, kereta terbabas


Seorang wanita mati lemas setelah kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam kolam memancing di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Kampung Gedang di sini hari ini.
Suzimah Shuhaimi, 28, meninggal dunia selepas terperangkap dalam kereta jenis Honda Integra yang terbabas dan terbalik dalam kolam pancing berkenaan kira-kira pukul 2.15 petang.

Seorang saksi kejadian, Abd. Samad Malik, 42, berkata, sebelum kejadian, dia berada di tepi jalan dan ternampak kereta dipandu mangsa datang dari arah Kuala Pilah cuba memotong sebuah treler membawa muatan batu.

Dia yang menetap di kampung itu berkata, ketika kereta tersebut memotong, tiba-tiba muncul sebuah bas dari arah bertentangan menyebabkan pemandu kereta tersebut cuba masuk semula ke laluan asal, namun gagal.
“Kereta itu kemudian bergesel dengan bahagian hadapan treler menyebabkan ia terbabas, terbalik beberapa kali dan terjunam ke dalam kolam yang terletak kira-kira 10 meter dari tepi jalan.
“Saya dan beberapa penduduk cuba membantu mengeluarkan mangsa tetapi gagal kerana keadaan kereta yang terbalik dan tenggelam di dalam kolam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.





P/S - Lulu sangat sukakan benda ni ;)




.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on December 13, 2011 at 8:23 AM said...

kesian :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!