Saturday, January 22, 2011

Dah mati, hidup kembali?


Penduduk Padang dikejutkankan dengan peristiwa aneh di Kelurahan Batipuh Panjang, Kecamatan Koto Tangah, Kota Padang Sumatera Barat. Ini adalah kerana seorang datuk berusia 75 tahun yang sudah dikebumi boleh hidup kembali.

Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada hari sabtu 15 Januari lalu, namun pada hari isnin 16 Januari tiba-tiba dia pulang ke rumah.

Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh jirannya. Keluarganya yang sedang mempersiapkan kenduri kematian terus lari ketakutan melihat datuk itu yang pulang dihantar jiran.

Afrizon (35), anak Faizal yang disangka sudah meninggal itu bercerita, ketika ayahnya pulang, orang yang datang ke rumah ingin menyiapkan kenduri bersamaa, terus berlarian ketakutan.

“Mereka takut kerana ayah kan sudah dikebumikan tiga hari lalu,” katanya melihat tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah.

Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat yang tidak dikenali di ruang mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemui Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

“Saya melihat langsung gambar mayat itu seiras bapak saya, dan pada Sabtu itu kira-kira 02.00 petang, saya datang ke hospital itu dan mengenalpasti keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapa saya,” ceritanya.

Ciri-ciri yang menyakinkan seiras dengan bapanya itu, iaitu disebelah pipi kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertancap dan sudah bersatu dengan dagingnya.

Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada parut pembedahan. “Begitu juga wajahnya dan rambutnya seiras dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapa saya,” katanya.

Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemui polis itu, kemudian pada hari sabtu  Afrizon bersama saudara lain kembali ke hospital itu untuk mengenalpasti sekali lagi dan mereka mengesahkan itu bapa mereka.

“ Mayat dimandikan dan langsung dikafankan serta dibawa ke rumah. Mayat yang sudah sampai di rumah langsung dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah,” ulasnya.



.

Makhluk misteri


Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Star semalam.
Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.
"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.

"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.
Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.
Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.


Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.
Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala.



.

‘ditelan laut’


Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.
Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.
Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.

Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.

“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.
Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.


Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.

Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.

Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan.


Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang.



.

Hubungi 911 teman lelaki enggan melamar


Seorang wanita di bandar raya ini menghubungi talian kecemasan 911 selepas teman lelakinya enggan melamar dan mengahwininya.

Pegawai kanan polis, Kapten Ronald Pontecore berkata, Ana Perez pada mulanya mendakwa teman lelakinya memukulnya, tetapi menukar cerita sebaik polis tiba.

“Dia menghubungi 911 untuk menakutkan teman lelakinya dan memanggil polis bagi memaksa dia mengahwininya,” katanya.



.

Dtembak


Seorang peniaga cedera di lutut kiri selepas terkena tembakan ketika bergelut dengan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Jalan 2/9, Taman Garing Utama, Rawang dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika P. Murugaiyah, 65, didatangi dua suspek ketika dia berada di hadapan rumah teres dua tingkat itu untuk ke tempat kerja.

Difahamkan, suspek menaiki sebuah kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakan mereka yang menunggu di dalam kenderaan. Suspek-suspek itu memakai topeng.

Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek telah meminta mangsa dan isterinya tidak membuat bising sebelum menggeledah rumah mangsa.
Mangsa yang enggan kemudian telah melawan menyebabkan suspek bertindak melepaskan satu das tembakan lalu mengenai lutut kiri mangsa.



.

Kurung wanita mental


Seorang wanita yang mengalami gangguan mental dikurung dan dirantai selama 20 tahun di dalam sebuah bilik kecil di Aceh oleh keluarganya. Wanita bernama Butet, 41, telah dikurung sejak 1990, sementara adik lelakinya, Janter turut mengalami penderitaan yang sama selama 15 tahun, kata ibunya, Bungani Boru Saragih Munthe.

Butet, yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak kecil membesar sebagai gadis normal, tetapi mula menunjukkan tanda-tanda menderita akibat masalah mental ketika menuntut di sekolah menengah.
Dia berada di bawah tekanan kerana kerana ibu saudaranya sering melayannya dengan teruk, kata ibunya yang dipetik sebagai berkata oleh Tribunenews.com, kelmarin.

Selepas menamatkan persekolahannya, dia tidak mendapat pekerjaan dan berhijrah ke Jakarta untuk mencuba nasibnya.

Bagaimanapun, dia tetap tidak mendapat sebarang pekerjaan, malah masalah mentalnya menjadi semakin teruk dan dia dihantar untuk tinggal bersama keluarganya di Kutacane.
Ibunya berkata bahawa Butet kerap kali mencuri barang-barang milik jirannya dan bertindak ganas.
Selepas laporan dibuat oleh jiran-jirannya, seorang pegawai tentera memaksa bapa Butet, Samsudin Purba untuk mengurungnya.

Dia kemudiannya dikurung di dalam sebuah bilik berukuran empat kali empat meter dibelakang rumahnya.
"Sekurang-kurangnya dengan cara ini saya dapat melihat anak saya mati di depan mata, daripada mereka dibunuh oleh orang di luar sana," kata ibunya ketika ditanya mengapa dia mengurung anaknya.



.

Panggilan 'Bank Negara'


Dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, kehilangan wang dalam akaun bank berjumlah RM20,000 akibat terpedaya dengan panggilan dari 'Bank Negara'. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, ACP Roslee Chik dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kedua-dua kes melibatkan taktik serupa.
Beliau berkata, dalam kes pertama, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai 'Allen' kononnya dari Bank Negara dan memberitahu bahawa mangsa berhutang kad kredit sebanyak RM9,380.

"Mangsa yang berkerja sebagai wireman dan tinggal di Bukit Mertajam itu percaya dengan kata-kata lelaki berkenaan dan memberikan kesemua butiran diri, kad kredit serta akaun bank bagi menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Roslee berkata, tidak lama kemudian mangsa memeriksa akaunnya di bank dan terkejut bila mendapati wang sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan.
Katanya, mangsa kedua seorang guru wanita berusia 31 tahun turut dihubungi lelaki yang juga memperkenalkan diri sebagai 'Allen' yang menggunakan taktik yang sama.

"Mangsa yang tinggal di Taman Desa Murni, Sungai Dua memberikan kesemua butiran diri, kad kredit dan akaun bank bagi menyelesaikan tunggakan kad kreditnya," katanya.
Mangsa sedar dia ditipu setelah mendapati RM4,999 hilang dari akaunnya.
Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda. Beliau menasihatkan orang ramai supaya pergi terus ke bank bila menerima panggilan seumpama itu.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!