Saturday, February 5, 2011

“ Contest 1 : Bila saya mati by sissyira” @ expired date


1ST contest dari Sis Syira....
yeah..mari, kita memeriahkan cubaan pertamanya...
sila klik pada banner untuk lebih lanjut...


contest ini HARUS lulu beri sokongan kerana Sis Syira
merupakan 'rakan' blogger' lulu yang paling setia..
yeah..

Jawapan lulu ialah tarikh luput yang tertera digambar ialah
20.07.2010


Tarikh Tutup : 11.02.2011



.Lulu nak tag...
makbed dan nini d....


Baby eating python was simply hungry


An investigation in Florida into the death of 2-year-old Shaiunna Hare has found that the pet snake which attacked and killed her was starving.

Newly released documents reveal that the snake, an eight and a half foot albino Burmese python named Gypsy, had not been fed properly for weeks and was severely underweight. The report also states that the animal was not housed properly and had escaped from it’s enclosure at least ten times since it’s last feed before killing the toddler.

Shaiunna’s parents Jaren Hare and her boyfriend Charles Darnell have both been charged with third degree murder, manslaughter, and child abuse and face up to 15 years in prison if convicted. Both have pleaded not guilty.

The damning report says that Gypsy was emaciated and weighed less than 13lbs, half the weight a python it’s length should weigh. According to Darnell the snake’s last feed prior to the attack was a roadkill squirrel which he had found in the road, this was around a month before Gypsy attacked and killed Shaiunna.

The python was also housed insecurely, the snake was simply kept in a large glass tank with a quilt covering it. Gypsy was also placed inside an old laundry bag which had large holes in it. On the night of the fatal attack on Shaiunna, Gypsy escaped her tank twice. Darnell told police that he had woke up in the middle of the night to use the bathroom and discovered Gypsy roaming free around the trailer home they lived in, he placed the reptile back in it’s tank but the next morning he found the snake wrapped around the toddler’s neck with it’s teeth sunk into her forehead.

Gypsy has fully recovered from a cleaver wound which Darnell inflicted when he discovered the snake coiled around the dead child, and she is now being cared for by Florida’s department of Fish and Wildlife.



.

Terkini : Wanita tertua di dunia..


Besse Cooper yang ketika ini berusia 114 tahun 5 bulan menjadi orang tertua di dunia
setelah pada 31 januari lalu, Eunice G Sanborn meninggal dunia pada usia 115 tahun. 



Hal tersebut disahkan Gerontology Research Group, sebuah lembaga di Los Angeles 
yang mengeluarkan sijil untuk orang-orang yang berumur di atas 110 tahun. 


Cooper dilahirkan di Tennessee pada 26 Agos 1896. 
Ketika ini, Cooper tinggal di sebuah hospital swasta di Monroe, Georgia.





.

Tekad untuk gempur..


Bintang baru Chelsea, Fernando Torres sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya bersama The Blues.

Jika tidak menghadapi sebarang masalah, penyerang antarabangsa Sepanyol itu dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea pada pertemuan menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge, malam esok.

Pertembungan antara Chelsea dengan Liverpool itu sudah pasti dianggap perlawanan istimewa buat Torres yang mana dia bakal berdepan dengan bekas kelabnya.
Torres dibawa masuk ke Stamford Bridge dari Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM245.5 juta) pada hari terakhir musim perpindahan pemain, Isnin lalu.
"Ia seperti sudah ditakdirkan apabila saya akan turun berdepan bekas kelab saya sendiri.

"Sekiranya saya diberi peluang untuk diturunkan, saya akan memberikan persembahan terbaik saya bersama Chelsea dan diharapkan saya mampu menjaringkan gol juga," jelas Torres.
Sebagai rekod, Torres telah meledak lapan gol buat Liverpool ketika berdepan Chelsea termasuklah ketika The Reds mencatatkan kemenangan 2-0 pada November tahun lalu.

"Apabila saya beraksi menentang Chelsea sebelum ini, saya sentiasa bersemangat kerana ia merupakan perlawanan yang cukup istimewa. Ia merupakan perlawanan besar dalam setiap musim.
"Itu jugalah sebab utama mengapa saya berhijrah ke Chelsea kerana saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan itu.


"Sekiranya penyokong-penyokong Chelsea gembira apabila saya sudah tidak menjaringkan lagi gol setiap kali menen- tang mereka, ia merupakan perkara yang baik," kata Torres.

Bagaimanapun, individu yang bakal berdepan masalah sekiranya mahu menurunkan Torres pada pertemuan dengan Liverpool itu sudah pasti pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.
Ini kerana, bekas jurulatih AC Milan itu perlu membuat pilihan sama ada mahu mengetepikan Didier Drogba, Nicholas Anelka ataupun Salomon Kalou kerana prestasi ketiga-tiga pemain tersebut dilihat sangat konsisten sebelum ini.



.

Miss Tiffany 2009 - Thailand

GUESS is it BOY or GIRL?

Pergh....hebat..

Warga tua mahu petik limau madu tewaskan haiwan ganas


JELI: Seorang wanita warga tua terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk bertarung dengan seekor babi hutan, sebelum berjaya menewaskan binatang itu, pada kejadian Isnin lalu.

Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ.

Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya.

“Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh.

“Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah.

“Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam.
Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan.

“Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya.

“Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu,” katanya.



.

Kesiannya pakcik ni.. (pakcik ke uncle ??)


Seorang warga emas menjalani kehidupan seharian dalam keadaan serba kekurangan di Ladang Sungai Plentong, termasuk menutup tubuhnya dengan melilit kain lusuh di pinggang, menyebabkan dia seakan-akan ‘Pak Cik Flintstones’ dalam satu siri kartun televisyen.

Khoo Ah Siang, 61, menghuni pondok usang didirikan menggunakan bahan kitar semula dan kayu terbuang sejak 15 tahun lalu tidak berpeluang menyambut Tahun Baru Cina kerana kedaifan hidup.

“Saya mahu bergembira setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, tapi tak mampu berbuat demikian kerana daif. Walaupun disisih keluarga kerana menganggap saya seorang yang jijik, saya tetap menguatkan semangat meneruskan kehidupan.
“Saya tinggal di pondok usang ini sejak 15 tahun lalu dan hingga kini masih bergantung kepada sumber semula jadi termasuk air hujan serta parit memandangkan tempat tinggal saya tiada kemudahan asas,” katanya.

Kedaifan warga emas itu disedari sekumpulan sukarelawan ketika melakukan lawatan ke kawasan perkampungan berkenaan baru-baru ini bagi meninjau kehidupan golongan miskin menerusi Program Nadi Kasih Parlimen Pasir Gudang.

Berkongsi kisah hidupnya, Khoo berkata, dia yang hidup membujang sudah biasa bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kehidupan seharian memandangkan itu saja yang boleh diperoleh secara percuma.

“Kebiasaannya, saya membersihkan badan serta mencuci pakaian di sungai di tepi rumah.

“Saya menadah air hujan untuk minum dan keperluan lain apabila bekalan air bersih disalurkan seminggu sekali oleh pihak berkaitan habis,” katanya yang menganggur sejak 10 tahun lalu.

Kawasan berkenaan masih belum dibekalkan kemudahan air dan difahamkan permohonan bagi memperoleh bekalan itu dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut Khoo, meskipun mempunyai saudara termasuk kakak kandung yang tinggal di sekitar bandar raya ini, dia lebih rela meneruskan kehidupan bersendirian di pondok yang serba kekurangan itu kerana tidak mahu membebankan mereka.

Dia bernasib baik kerana masih dibantu individu bermurah hati termasuk jiran dan bekas majikan yang kerap menghulurkan bekalan makanan kerana simpati melihatnya bercucuk-tanam dan mengutip sayuran tumbuh meliar di kawasan itu.

“Sebelum ini, saya rajin bercucuk-tanam tetapi berhenti kerana menghidap gout.

“Bagaimanapun, saya masih suka memasak sendiri bekalan makanan disumbangkan menggunakan dapur kayu dan arang,” katanya yang pernah bekerja sebagai tukang masak lebih 10 tahun lalu di sebuah restoran di bandar raya ini. Menurut Khoo, berbanding penduduk lain di perkampungan itu yang mempunyai bekalan elektrik, dia masih menggunakan pelita minyak tanah bagi menerangi pondok pada waktu malam untuk mengelak gigitan haiwan berbisa. “Setakat ini, saya tetap tidak putus harapan sebaliknya sentiasa berdoa supaya penyakit saya segera sembuh. Saya mahu bercucuk tanam semula dan tidak mahu menyusahkan individu berhati mulia yang sering menghulurkan sumbangan makanan,” katanya.

Sehingga kini, Khoo masih gagal mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak berkemampuan.

Semalam, warga emas itu menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk, Setiausaha Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Plentong, Mohd Said Budin dan Ahli Jawatankuasa JKKK kampung itu, Amzah Moiden.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!