Tuesday, March 15, 2011

Lulu Caldina kembali berblogging......yeah..

Salam, selamat malam.....


Lalala...yeah tanpa korang sedari, sebenarnya lulu takde online, tak berblogging sejak sabtu yang lalu...
Dan baru sekarang pegang keyboard ni...owh lappy, rindu ke pada jari jemariku yang gebuss ini...? ekeke...
Lulu-pages memang sentiasa berupdate..Walaupun tak sekerap biasa dan takde berita terkini...
Dan melalui komen-komen yang diterima, nampaknya takde seorang pun yang perasan ketiadaan lulu...
betulkan..? hah...



Percutian yang best...menyeronokkan...
Laa nak cerita panjang lebar pun, korang takkan nak tahukan? ngeee.....
Banyak yang menarik sepanjang percutian beberapa hari ni....
Dan yang paling best, bila dapat beli bunga ni....
6 kuntum = RM15...
5 warna tu....murah murah murah sangat, kan?



Lulu nak ucap terima kasih buat tukang komen setia Lulu-Pages...
semuanya ada 66 komen..Dah release beberapa komen baru ingat nak print screen...
Mekasih eh...ngee...





Korang!!!!!!!! Lulu Caldina kembali berblogging....yeah.....



.

Pertarungan yang lain dari yang lain


Aneh bin ajaib.. Dua lelaki yang sedang bogel ini, sedang bertarung.
entah apa penyebabnya mereka bertarung,
sehinggakan tidak sempat memakai pakaian apa pun.
kini mereka sedang tidak boleh dipisahkan...
Masing-masing ingin menang agaknya.


ngee...Kalau berlaku didepan mata, entah nak tengok atau nak tutup mata...
larik.............



.

Buat penggemar ikan emas...ikan emas ni luarbiasa...



Para pengkaji Jepun memang tidak pernah habis akan idea-idea yang hebat. Sebelumnya mereka mengembangbiakkan katak transparan, kini pengkaji Jepun berhasil mengembangbiakkan ikan mas tranparan.

Dengan badan lutsinar, orang awan boleh melihat terus ke jantung ikan mas yang sedang berdetak beserta organ-organ lainnya.

Haiwan ini dikembangkan sebagai upaya untuk mengurangi keperluan pembedahan dalam tiap kelas-kelas biologi di sekolah. Sebelumnya pembedahan haiwan dalam kelas biologi memang mengundang kontroversi dari kalangan ramai orang di Jepun.

Hasil penelitian pasukan gabungan Universiti Mie dan Universiti Nagoya tersebut menghasilkan ikan mas yang disebut dengan 'ryukin'. Spesies ini dikembangkan dari ikan mas yang penetasannya tidak sempurna dengan Ikan Mas berwarna pucat.

"Anda boleh melihat secara langsung jantung dan organ lain dari ikan tersebut, kerana sisik dan kulit tidak memiliki pigmen," ucap Profesor Yutaka Tamarus.

Ikan ini boleh hidup selama 20 tahun, sementara panjangnya dapat bertambah hingga 25 sentimeter serta berat mencapai dua Kilogram.

Pada 2007 lalu sekelompok pengkaji mengumumkan berhasil mengembangkan katak transparan. Masayuki Sumida seorang Profesor dari Institut Biologi Amphibi Universiti Hiroshima, menganggarkan katak transparan ini akan beredar luas di laboratorium serta sekolah di Jepun tahun depan.

Harga haiwan-haiwan unik ini sekitar 10.000 Yen. Cukup mahal untuk sebuah ikan sepertinya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!