Tuesday, March 15, 2011

Buat penggemar ikan emas...ikan emas ni luarbiasa...



Para pengkaji Jepun memang tidak pernah habis akan idea-idea yang hebat. Sebelumnya mereka mengembangbiakkan katak transparan, kini pengkaji Jepun berhasil mengembangbiakkan ikan mas tranparan.

Dengan badan lutsinar, orang awan boleh melihat terus ke jantung ikan mas yang sedang berdetak beserta organ-organ lainnya.

Haiwan ini dikembangkan sebagai upaya untuk mengurangi keperluan pembedahan dalam tiap kelas-kelas biologi di sekolah. Sebelumnya pembedahan haiwan dalam kelas biologi memang mengundang kontroversi dari kalangan ramai orang di Jepun.

Hasil penelitian pasukan gabungan Universiti Mie dan Universiti Nagoya tersebut menghasilkan ikan mas yang disebut dengan 'ryukin'. Spesies ini dikembangkan dari ikan mas yang penetasannya tidak sempurna dengan Ikan Mas berwarna pucat.

"Anda boleh melihat secara langsung jantung dan organ lain dari ikan tersebut, kerana sisik dan kulit tidak memiliki pigmen," ucap Profesor Yutaka Tamarus.

Ikan ini boleh hidup selama 20 tahun, sementara panjangnya dapat bertambah hingga 25 sentimeter serta berat mencapai dua Kilogram.

Pada 2007 lalu sekelompok pengkaji mengumumkan berhasil mengembangkan katak transparan. Masayuki Sumida seorang Profesor dari Institut Biologi Amphibi Universiti Hiroshima, menganggarkan katak transparan ini akan beredar luas di laboratorium serta sekolah di Jepun tahun depan.

Harga haiwan-haiwan unik ini sekitar 10.000 Yen. Cukup mahal untuk sebuah ikan sepertinya.



.

4 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on March 15, 2011 at 10:06 AM said...

dh xde kaler emas dh...

Ammar on March 15, 2011 at 10:28 AM said...

comelnya ikan emas ni

Lalala on March 15, 2011 at 2:07 PM said...

bagu lah dorang ni..

Unknown on March 15, 2011 at 5:01 PM said...

jom join GA ni:)http://nanakimie.blogspot.com/2011/03/siapa-top-referer-fa-giveaway.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!