Friday, April 1, 2011

[SERIUS] Lulu berterima kasih dan sangat.....terharu...~Buat makbed!!


Semalam lulu dapat satu bungkusan....
Bungkusan dari jauh....


Pernah tak korang bayangkan, dihargai oleh orang yang tak pernah korang jumpa?
Lepas tu siap kirim barang, dan barang itu sangat bernilai?? (bagi lulu)
Pernah tak korang fikir?
Berapa ramai didunia ni merupakan seorang yang jujur...?
Jujur dalam persahabatan, jujur dalam hubungan....



Siyes lulu katakan, lulu ada ramai kawan...
Tapi memang susah nak cari seperti kriteria diatas...
Selalunya, macam lulu ni jer yang lebih....
Concern, mesej tanya khabar...
Ucap birthday, perayaan...
Bukan nak ungkit eh...


Tapi, bila kita ikhlas dgn org lain, dan org tu tak hargai, kecewa woo...


Ini bukan entri bodek makbed sebab makbed kirim barang tau...
Ini jujur dari hati..ngee
Dah beberapa bulan kenal makbed, melalui blog...
Jalinan persahabatan antara kami, rasanya dah semakin rapat walaupun tak pernah bersua ataupun mendengar suara... Mungkin lebih bagus begini, kan makbed?? ekeke.. (Nini, hai!!!!...ngee...)


lulu tak pernah nak terfikir akan rapat dengan mana-mana blogger bila terjun dunia blog ni..
Tapi syukurlah, lulu memang dah rapat dengan ramai...
yang baik macam makbed cuma tak kirim barang dengan lulu lagi..ekeke
terima kasih semua, sebab menjadikan hidup lulu lebih bermakna...
semoga persahabatan kita penuh dengan keikhlasan!!!
ekeke entri terserius lak...


Sungguhpun jarak jauh antara kami, lulu rasa sangat dekat dengan makbed dan keluarganya (oni)..
Semuanya melalui lulu-pages dan makbed journal..
Boleh gak macam ni yer makbed??
ekeke...Terima kasih makbed, diatas ingatan...


Korang nak tengok kiriman dari makbed??
Exlusive dari lulu-pages..





(Tudung tu bukan 1 yer, ada 2...OWh, tercapai juga hajat dapat tudung free...yeah lompat-lompat katak)



Semoga rezeki lagii murah sebab ikhlas kirim semua tu untuk lulu....
Dan semoga makbed selamat bersalin....
Err....ada blogger lain nak kirim barang juga untuk lulu? (ekeke)



P/S - Semua gambar diambil dari kamera NOKIA E71..



.

Harga minyak naik lagi berkuatkuasa


Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.



.

Heil Kitler! Really look alike



Introduced you to the house in Swansea that looks like Hitler, and now we give you the cats that look like the Nazi dictator.
These hilarious photographs show moggies with striking resemblances to Adolf Hitler.
Their white faces have black markings just below their noses just like Hitler's and even the fur on the top of their heads mimics the slanted side parting sported by the WWII German leader.


The house in Swansea that looks like Hitler became a Twitter sensation after comedian Jimmy Carr picked up a post by 22-year-old, Charli Dickenson.
The owner of the end-of-terrace in Port Tenant is said to be baffled by all the attention while neighbours are seeing the funny side.





.

Berita Datuk Malek Noor


Keadaan bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor yang dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh kerana sakit jantung, kini bertambah baik dan sudah boleh bercakap sebentar tadi.

Adiknya, Mohd Salleh, 49, berkata abangnya menyatakan rasa syukur dan menitiskan air mata apabila melihat adiknya di sisi.

Bagaimanapun, katanya, abangnya itu tidak banyak berkata-kata selain ada perkataan yang tidak jelas kerana masih lemah dan perlu banyak berehat.



.

Berita baik...Hadiah dah pos..


Sukacita dimaklumkan...ekeke...
Setelah semua pemenang berjaya send alamat dan nombor telefon malam tadi, so, pagi tadi berusaha
untuk siapkan packing semua hadiah, lengkap dengan memo...


Syukurlah semuanya berjalan lancar!!

Yeah Hadiah korang sudah selamat dipos!!


Mengikut kata cik kat pos office tu, hari isnin dijangka akan selamat tiba ditangan pemenang-pemenag 1st GA tu...Sila nantikan dimuka pintu anda....ekeke...


Lulu cuba kekalkan, 'pengurusan' giveaway yang pantas -  Update dan terjah peserta dengan pantas, beri masa untuk peserta semak senarai nama jika ada yang tercicir, umum selepas 24 jam dan pos hadiah serta merta....segala-galanya pantas dan cekap sama seperti lulu-pages menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dan sensasi..kan? kan?




P/S - Harap maklum, sekembalinya dari pejabat pos tadi, sempat singgah kesebuah kedai...dan...............yeah, hadiah untuk next giveaway dah ada.................................muehehe..



.

Inilah kitaran hidup


Seorang jurugambar kelahiran Britain, Chris Bailey berjaya merakam beberapa gambar seekor helang botak besar yang kelaparan menyambar burung kuang di kawasan salji di sini untuk dijadikan makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah satu gambar tersebut merakam aksi dramatik helang botak menyambar burung kuang itu dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya sebelum terbang tinggi.


Bailey, 54, yang terkejut pada masa itu cuba menjejaki helang botak yang membawa burung kuang tersebut ke kawasan berdekatan sebelum menjadikannya sebagai makanan.

Menurut Bailey yang bekerja sebagai pengarah servis Ford, dia sedang merakam gambar salji yang menutupi keseluruhan sebuah padang di sini.
"Tidak lama kemudian, saya menyaksikan helang botak yang cuba menyambar burung kuang berada di sana.


Kejadian ini berlaku pada masa dan tempat yang tepat di depan mata saya," jelasnya.
Helang botak yang memiliki sayap berukuran 2.44 meter boleh terbang dengan kelajuan 72 kilometer sejam dan boleh hidup sehingga 30 tahun.



.

The lamb with an extra spring in his step


Ewe won't believe your eyes... this plucky spring lamb is frolicking about just fine despite being born with five legs.
The unusual creature, who has been aptly named Jake the Peg, was born last week with two normal hind legs and three front legs.
But the bizarre deformity hasn't stopped Jake leaping around his field in Newnham, Northamptonshire, with hundreds of other newly born lambs.


And he continues to baffle his owners by beating the odds - as most lambs born with deformities tend not to last long.
Owner Pip Hopcraft said: 'He's a tough one all right - we've had more than 600 lambs born over the past few weeks and some are inevitably born with a deformity.
'However they don't usually last long. And it is especially uncommon to have a lamb born healthy with five legs.


'But Jake the Peg appears well enough and it doesn't seem to be causing him any problems.'
The little lamb was born part of triplets which makes it even more unusual Jake was healthy enough to survive with a deformity.
Pip added: 'I'll be putting an elastic band around his extra leg today and it will eventually drop off.
'There is bone inside the extra leg but no bone attaching it to Jake so it won't affect him.'



 .

Menakjubkan...


Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam meneliti beratus-ratus gambar planet Utarid yang dirakam oleh kapal angkasa Messenger ketika ia memulakan misi setahun ke orbit dan pemetaan sistem solar planet misteri itu.

Selepas mengharungi perjalanan sejauh 7.9 bilion kilometer selama enam tahun setengah, kapal angkasa itu akhirnya memasuki orbit planet berkenaan pada 17 Mac lalu.
Kelmarin, Messenger mula mendedahkan rahsia Utarid yang mempunyai suhu mencecah 427 darjah Celcius pada waktu siang dan jatuh mendadak ke 100 darjah Celcius di bawah paras beku pada waktu malam.


“Awal pagi ini kira-kira pukul 5.20 pagi waktu tempatan, Messenger berjaya merakam gambar bersejarah pertama planet Utarid.
“Imej ini merupakan yang pertama dirakam oleh sebuah kapal angkasa di orbit planet sistem solar yang paling jauh,” lapor NASA.

Imej awal yang dirakam menunjukkan permukaan kawah luar biasa berwarna gelap digelar Debussy, sementara beberapa imej lain memaparkan bahagian lain Utarid berhampiran kutub selatannya yang sebelum ini tidak pernah disaksikan oleh pesawat angkasa lepas, menurut NASA.
Kapal angkasa itu merakam 363 keping imej dalam tempoh enam jam dan mendedahkannya semalam semasa satu persidangan pakar untuk membincangkan penemuan tersebut.


“Imej pertama dari orbit yang dirakam Messenger ini merupakan maklumat awal sebelum lebih banyak maklumat dikumpul selepas ini. Penjelajahan orbit di planet yang paling jauh dalam sistem solar, baru bermula,” kata NASA.



.

Bukan niat diskriminasi


Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, Zizie Izette memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh suaminya itu pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.

Sebaik sahaja terbaca dalam akhbar kenyataan suaminya yang mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya dan sekali gus boleh mengundang kemalangan, kenyataan itu membuatkan Zizie tertanya-tanya, apakah cara beliau memandu juga berbahaya.

Apabila beliau sendiri bertanya kepada Bung Moktar, apakah dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya dalam Parlimen tempoh hari, suaminya itu memberi penjelasan bahawa bukan itu maksud sebenar dan kenyataan yang dibuatnya itu adalah secara umum.

"Dia menjelaskan bahawa dia tidak mendiskriminasi pemandu wanita termasuk isterinya sendiri," katanya.
"Apa yang disebut dalam Parlimen tempoh hari tidak ditujukan kepada pemandu wanita secara khusus, tetapi termasuk juga sikap pemandu lelaki yang cuai ketika memandu.
"Setelah mendengar penjelasannya, saya jadi reda. Barulah saya tahu bahawa kenyataannya telah disalahertikan.

"Lagipun sebagai orang yang paling dekat dengannya, saya faham niat dan maksud yang cuba disampaikannya. Dia tidak pernah mendiskriminasi antara pemandu wanita dengan lelaki," katanya.

Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya, sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Zizie memberitahu, selalunya beliau yang memandu kereta sekiranya mereka mahu ke mana-mana.
"Sepanjang saya memandu, dia tidak pernah tegur atau pun bersungut bahkan puas hati dengan cara pemanduan saya," katanya.

Kata Zizie, suaminya itu juga memberitahunya, dia bukan 'gila' untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur diskriminasi gender.



P/S - Gambar diatas gambar lama...Tapi, dia cantik dalam gambar tu..ngee



.

Kerana nahas ngeri 3 nyawa melayang


Tiga termasuk dua sahabat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan berat dan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga, dekat sini semalam.
Kemalangan ngeri pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler membawa muatan kereta, lori kontena dan kereta Perodua Kancil.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, dan penumpangnya, Sa‘ade Mohd. Noor, 38. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Dahari yang juga peniaga dan Sa‘ade, pengawal keselamatan, remuk teruk selepas terperosok ke bawah lori kontena.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Aziz Hasan ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berpunca akibat sebuah lori muatan balang gas yang rosak diletakkan di atas jalan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.


“Kon tanda amaran telah diletakkan dikeliling lori tersebut. Namun sebuah treler muatan kereta dari arah sama telah berhenti mengejut di belakang lori yang rosak tersebut sehingga dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang kemudian.

“Selepas itu, datang pula sebuah lori kontena lalu merempuh kereta Perodua Kancil terbabit dari belakang dan terperosok di bawah lori kontena berkenaan,” katanya.
Menurut Aziz, ketiga-tiga mangsa yang terkorban kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.


Sementara itu, isteri Sa‘ade yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini memberitahu, suaminya bersama Mat Dahari dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Gua Musang.

“Suami saya ke Rantau Panjang bersama-sama Mat Dahari untuk ambil baju dan piala yang telah ditempah untuk pertandingan suara burung candik yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!