Tuesday, May 10, 2011

Berita ini betul-betul mengejutkan.. Sejauh mana kebenarannya?


Hari ni, ketika lulu cari bahan untuk dikongsikan didalam blog, lulu terjumpa dengan kenyataan sebuah akhbar berita daripada luar negara... Berita ini betul-betul mengejutkan lulu, dan pasti juga mengejutkan kepada semua rakyat malaysia.. Sejauh mana kebenarannya? Tapi marilah kita lihat dan baca petikan akhbar itu, dan mohon jasa baik semua terutama buat sesiapa yang pernah pergi tempat ni ataupun tinggal berdekatan tampil untuk perbetulkan seandainya cerita akhbar ini direka...


  • Crocodiles live in waterless enclosures and big cats live in tiny cages in Malaysian animal park
A trip to the zoo should fill any animal fan with a sense of joy wonder, but in Malaysia the experience inspires revulsion.
Crocodiles struggle in waterless enclosures while lions and tigers are trapped in boxes barely big enough to house them, leaving no room to roam around.
But worst of all is the plight of Shirley, a 25-year-old orangutan, who competes with cage-mate Abu for cigarette butts thrown by tourists to satisfy her smoking habit. 
 
The government-run zoo in in Johor Baru has erected a 'no smoking' sign but that will do precious little to stop the sad practice while attendants turn their backs on it.
Shirley spends much of her sad existence tearing apart drinks cans and chewing on food wrappers thrown at her by visitors.
She regularly reaches through the bars of her cage to beg for cigarettes. 


Attempts by the Malaysian government's wildlife ministry Perhilitan to clamp-down on the appalling conditions in the country's zoos, rated among the worst in the world, have been virtually ignored.
Last October a new law was passed that gave the zoos six moths to clean up their act but when the June deadline passes there will have been shamefully little progress made.
Ten zoos in the country were investigated last week and animals were still found living in tiny, dirty enclosures, sometimes without water for drinking or swimming.  

No room: This tiger is kept in an enclosure that affords barely any room for exercise





Some animals were being made to perform, despite the practise being banned, but worst of all was the example of one zoo that had been obtaining its animals on the black market. 
Non-profit British charity Nature Alert has worked hard to prick the conscience of the Malaysian government but with obvious indifference to the new regulations, it says the time has come to focus international attention on a problem for which a wealthy country has no excuse.
'The government makes promise after promise. They never keep any of them, but I will hold their feet to the fire until they do,' Sean Whyte of Nature Alert told The Mirror.
'I can understand different cultures, but this is purely people exploiting wildlife for financial gain illegally. Malaysia is a hub for the illegal trade in animals. Those orangutans have been in zoos approved of by the government.
'I advise anyone visiting Malaysia to stay away from zoos – or risk becoming deeply upset at what they see.'

 Not up to standard: The entrance to Johor Baru zoo in Malaysia where Shirley has been allowed to cultivate a smoking habit and animals are kept in appalling conditions





Keadaan ini kononnya berlaku di Zoo Johor...
Entahlah, lulu tak pernah sampai sana lagi... Lulu dah sampai zoo kat KL dan zoo kat Kota kinabalu...
Dan tempat-tempat ni takde pula jadi macam yang diberitakan...
Apa pendapat korang eh?









.

Sweet sweet ala pink blog - my dear kak risa


Tahniah buat kak risa... follower dah genap 777
angka cantik woo




Lulu yakin blog kak risa akan bertambah-tambah maju lagi dimasa akan datang...
Nape lak leh yakin... sebab kak risa ni penyayang orangnya...hoho...
Korang dah gi blog kak risa belum?
heh rugilah....
 (dah hafal benar link blog dia..ngee)
Jom kita terjah....



.

Sehari kini tinggal 23 jam


Richard Gross, peneliti dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun model penghitungan kompleks untuk mengalkulasikan secara teori, bagaimana gempa bumi di Jepun, yang merupakan gempa terbesar kelima sejak tahun 1900, mempengaruhi Bumi.

Hasil data dari United States Geological Survey perkiraan telah menemui adanya perubahan masa pada Bumi. Gempa Jepun telah membuatkan Bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memperpendekan waktu dalam sehari sehingga 1,8 mikrodetik atau sepersejuta detik.

Perkiraan yang dibuat juga menunjukkan bahawa paksi Bumi bergerak sekitar 17 sentimeter ke arah bujur timur. Perubahan paksi ini akan membuat pergerakan Bumi sedikit berbeza. Namun itu tidak mempengaruhi posisi Bumi di ruang angkasa kerana hanya kekuatan eksternal seperti graviti Matahari, Bulan, dan planet-planet yang mampu mengubah itu.

Seputar semakin singkatnya waktu dalam satu hari yang sudah tidak mencapai 24 jam, sebagai gambaran, akibat gempa dengan magnitude 8,8 yang terjadi tahun lalu di Chile, waktu dalam satu hari telah dipangkas sebesar 1,26 mikrodetik dan menggeser paksi Bumi sekitar 8 cm.

Sedangkan, menggunakan perkiraan serupa yang dilakukan setelah gempa dengan magnitude 9,1 yang menghentam Aceh tahun 2004 lalu, waktu dalam satu hari sudah berkurang sebesar 6,8 mikrodetik akibat bergesernya paksi dan bentuk Bumi sekitar 7 cm.

“Pusingan Bumi terus berubah, dan tidak hanya disebabkan oleh gempa, namun juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin di atmosfera dan arus samudera,” kata Gross, seperti dipetik dari Science Daily. “Bagaimana gempa mempengaruhi pusingan Bumi tergantung pada skala, lokasi, dan bagaimana gempa terjadi,” ucapnya.

Gross menyebutkan, dalam kurun satu tahun, waktu dalam satu hari boleh bertambah dan juga berkurang sekitar satu milidetik atau 550 kali lebih besar dibandingkan akibat gempa Jepun. Demikian pula dengan plat Bumi yang boleh bergeser sekitar 1 meter dalam satu tahun akibat berbagai gempa.

Meskipun telah membuat penghitungan, perkiraan yang dibuat Gross, hasilnya kemungkinan akan masih berubah dengan munculnya data-data baru yang lebih tepat bergantung kepada fenomena yang terjadi di Bumi.






.

'Kami pernah ikat perut 20 hari kerana tiada wang'


"Kami pernah ikat perut selama 20 hari akibat tiada wang untuk membeli makanan dan hanya mengalas perut dengan biskut."
Itulah pengakuan Abdul Rahim Mohamed Batcha, 75, yang terpaksa menjalani kehidupan dalam serba kekurangan sejak lapan tahun lalu.

Dia kini menumpang di bilik bahagian atas sebuah rumah di Kampung Dodol, Jalan Perak.
Kedaifan hidup yang dialami bekas anak kapal sebuah syarikat di Kuala Lumpur itu bermula selepas dia terpaksa berhenti kerja kerana faktor usia sejak 10 tahun lalu.
Dia yang menetap di Jalan Terengganu ketika itu hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dengan bayaran RM25 sehari namun hanya bertahan selama setahun kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu.

"Saya menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2004 sebanyak RM300 sebulan.
"Dengan jumlah itu juga, saya membayar wang sewa rumah malah tiada baki bagi saya membeli keperluan makanan dan hanya bergantung pada upah mencuci pinggan," ujarnya.
Rahim berkata, dia kini tidak lagi bekerja berikutan tiada majikan yang mahu menggaji pekerja berusia sepertinya.

Lebih menambahkan penderitaan, anak tunggalnya, Zarina, 32, menghidap penyakit jantung dan terpaksa berulang-alik ke klinik kerajaan bagi mendapatkan rawatan.
"Jika tiada wang, saya dan Zarina akan berjalan kaki ke klinik yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat tinggal.
"Malah saya sering berjalan kaki jika hendak ke sesuatu tempat kerana tidak mempunyai wang tambang bas," ujarnya.
Mereka yang mahu membantu Abdul Rahim boleh menghubunginya di talian 012- 4816236.




.

2 kali langgar

Polis wilayah Fujian menahan seorang pemandu yang membunuh seorang kanak-kanak yang sebelum itu dilanggarnya secara tidak sengaja, lapor media tempatan, semalam.
Kejadian Sabtu lalu berlaku di depan mata orang ramai yang terkejut menyaksikan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu.

Akhbar Global Times melaporkan, lelaki terbabit terlanggar seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan kereta dipandunya, menyebabkan mangsa cedera parah.
Akhbar itu melaporkan, saksi melihat lelaki terbabit kemudian berpatah balik dan melanggar mangsa sekali lagi.

Budak itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian.

Saksi berkata, mangsa mati selepas dia dilanggar dengan tayar depan sebelah kanan suspek.

Bulan lalu, seorang penuntut muzik berusia 21 tahun, Yao Jiaxin, dihukum mati selepas dia mengaku melanggar seorang penunggang basikal sebelum menikam mangsa hingga mati.

Yao berkata, mangsa enggan bekerjasama dengannya selepas cedera dilanggar.

Sebelum itu, seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan kerana melanggar seorang peminta sedekah di tepi jalan di Chongqing. Ketika disoal siasat, pemuda itu berkata, dia tidak fikir kematian peminta sedekah itu akan dipedulikan sesiapa. Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya terhadap standard moral pengguna jalan raya di China ketika negara itu menikmati perkembangan ekonomi rancak untuk tahun ke-30.




.

Ameng Spring digantung sampai mati..


Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, semalam sekali lagi menimbulkan kontroversi, apabila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, akibat kesalahan mengedar dadah.

Hukuman itu bukan saja menimbulkan kejutan kepada kedua orang tua penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Butakah Cinta itu malah menyebabkan orang ramai yang hadir turut tergamam apabila mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun ‘kejutan’ itu sebenarnya antara adegan dipersembahkan Ameng yang memegang watak sebagai Hairul bersama rakannya dalam sketsa dipersembahkan Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Penghuni Penjara Kluang sempena Program Mesej Dari Penjara: Zon Selatan, yang diadakan di sini, semalam.

Malah persembahan sketsa Ameng yang juga vokalis kumpulan Spring serta rakannya itu meruntun perasaan orang ramai selepas dia mendendangkan lagu Mati Hidup Semula yang pernah dipopularkan Jamal Abdillah ketika teater berkenaan.

Program Mesej Dari Penjara: Zon Selatan itu program pertama yang diadakan di penjara negara ini bagi memasyarakatkan penjara serta membolehkan banduan dan pesalah diterima semula dan tidak disisihkan masyarakat apabila mereka keluar.

Antara pengisian program yang membabitkan masyarakat setempat itu adalah persembahan teater, ceramah Mesej Dari Penjara, sesi dialog serta pameran hasil kerja tangan banduan yang dijual termasuk batik, kraftangan kayu dan kuih-muih.
Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai.




.

Menangis ketika mengingati detik-detik sewaktu bercinta..


Prosiding Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini berlangsung dalam suasana hiba apabila tunang Teoh, Soh Cher Wei menitiskan air mata ketika menceritakan detik-detik hubungan percintaannya dengan mendiang Teoh. "Saya menganggap Teoh adalah orang yang akan menemani saya sehingga akhir hujung nyawa saya," katanya dalam keadaan sebak apabila ditanya Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Soh, 30, guru di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor berkata bahawa beliaumengenali Teoh sejak 2005 sewaktu mereka menyewa sebuah rumah di Semenyih, Kajang dan mereka mulai rapat dan menjalin hubungan cinta pada 2007.

"Sepanjang perkenalan, Teoh merupakan seorang yang baik dan amat menyayangi saya dan beliau turut menyayangi keluarganya," katanya sambil sesekali mengesat air mata.

Ketika ditanya pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen adakah mendiang pernah mempunyai perancangan untukberkahwin, Soh berkata: "Teoh pernah merancang untuk berkahwin dengan saya semasa kakak Teoh berkahwin pada awal tahun 2009, tetapi saya belum membuat keputusan pada waktu itu". Soh turut memberitahu suruhanjaya bahawa tarikh perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 3 Oktober 2009 dan majlis perhakwinan mereka akan diadakan di Alor Gajah, Melaka.

Beliau menjelaskan Teoh pernah memaklumkan kepadanya bahawa mereka akan berpindah ke Melaka selepas berkahwin kerana keluarga Teoh tinggal di sana.
"Teoh pernah memaklumkan kepada saya beliau akan berhenti kerja dan mungkin akan membuka perniagaan atau mungkin boleh menjadi setiausaha politik kepada yang berhormat (YB) Melaka, sekiranya ada kekosongan," katanya.

Beliau berkata Teoh belum membuat pendaftaran perkahwinan kerana merekamerancang untuk mendaftarnya selepas mereka mengambil gambar perkahwinan yangdijadualkan pada 18 atau 19 Julai 2009.
Soh, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 bulan hasil hubungannya dengan mendiang, berkata keluarga Teoh menerima berita bahawa beliau (Soh) mengandung anak mendiang dengan hati yang terbuka. "Saya sah mengandung pada 3 atau 4 Julai 2009 selepas membuat pemeriksaan disebuah klinik dan Teoh amat gembira dengan berita tersebut," katanya ketikadisoal Foong.
Soh turut bersetuju dengan kenyataan Foong yang menyifatkannya seorang wanita yang berfikiran terbuka dan moden.

Wanita itu turut menyifatkan Teoh seorang yang sangat sayangkan keluarga malah akan menghubungi ibunya, Teng Shuw Hor pada setiap hari dan akan pulang ke kampungnya di Alor Gajah pada setiap hujung minggu.
Ketika ditanya pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud apakah minatmendiang, Soh sekali lagi kelihatan sebak dan menangis apabila memberitahuprosiding bahawa Teoh gemar memasak.
"Semasa Teoh menjadi seorang wartawan untuk akhbar Sin Chew, beliau selalu masak untuk saya tetapi selepas mendiang menjadi setiausaha politik kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, saya yang selalu masak untuk dia (Teoh) kerana Teoh agak sibuk," katanya.

Soh turut memberitahu suruhanjaya, Teoh jarang bercerita tentang masalahnya dan mendiang banyak bercerita mengenai keluarga dan rakan-rakan. "Teoh juga tidak pernah mengadu mengenai Ean dan beliau menghormati majikannya itu," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sementara itu, bapa mendiang Teoh, Leong Hwee memberitahu prosiding suruhanjaya, anak lelakinya itu kerap pulang ke rumah mereka di Alor Gajah, Melaka untuk melawat keluarga pada hujung minggu.

Soh Cher Wei


"Sekiranya mendiang pulang, beliau akan membawa keluarga berjalan-jalan kebandar dan akan menghubungi keluarga terutama sekali ibunya jika mendiang tidakpulang ke kampung," katanya dalam bahasa Hokkien yang kemudian diterjemahkanoleh jurubahasa mahkamah ke dalam Bahasa Inggeris ketika disoal pegawai pengendali Kwan Li Sa. Leong, 63, yang merupakan seorang pemandu teksi di Melaka berkata Teoh pernah membawa beliau dan isteri pergi ke Batu Pahat, Johor untuk bertemu dengan keluarga Soh bagi berbincang mengenai hubungan Teoh dan Soh dan perbincangan itu berlaku dalam keadaan yang selesa. Bagaimanapun, Leong memaklumkan beliau tidak mengetahui tunang kepada mendiang mengandung dan tidak pasti sama ada isterinya atau anggota keluarga yang lain mengetahui mengenai perkara itu. Sementara itu, abang kepada Teoh, Meng Kee memberitahu suruhanjaya Teoh tidak pernah menceritakan mengenai masalah yang dihadapi kepadanya.

Beliau yang mengakui amat rapat dengan Teoh menyifatkan mendiang seorang yang menyayangi kanak-kanak dan suka menolong keluarga. "Mendiang yang bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan Cina di Alor Gajah, amat gemar melakar kaligrafi dan dapat membuat lakaran dengan begitu baik," katanya.

Meng, 35, yang bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat di Alor Gajah, Melaka berkata seminggu sebelum Teoh meninggal dunia pada 16 Julai 2009, beliau menempah sebuah restoran di sebuah kelab golf di bandar Melaka untuk meraikan perkahwinan adiknya.
"Saya pergi bersama ibu dan bapa untuk menempah restoran itu dan memberi wang pendahuluan sebanyak RM1,000 bagi membuat tempahan meja lebih daripada 20," katanya.

Selain Foong dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.




.

Peniaga pasar malam maut digilis lori


"Mana suami saya... dia masih hidup atau tidak," jerit Fauziah Mohd Noor apabila tiba di persimpangan Taman Bertuah, Jalan Kuala Kangsar-Ipoh dekat sini, lokasi suaminya maut dan mayatnya melekat pada motosikal akibat digilis lori, petang semalam.

Fauziah, 46, dari Taman Klebang Restu dekat sini, gagal menahan sebak dan tidak sanggup menatap jenazah suaminya yang ditutupi plastik hitam kerana tidak percaya Sulaiman Tam, 56, mati dan terpaksa ditenangkan orang ramai yang berada di situ.
“Abang, maafkan saya... ampunkan saya. Saya tahu abang berada dalam keadaan runsing kerana memikirkan keadaan ibu yang sedang sakit,” kata Fauziah sambil menangis dan berzikir untuk menenangkan kesedihannya.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Sulaiman mati di tempat kejadian selepas parah di kepala akibat digilis tayar belakang sebuah lori tiga tan membawa baja yang dalam perjalanan dari Taiping ke Taman Bertuah di Ipoh.

Kemalangan itu berlaku ketika mangsa berseorangan menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam perjalanan untuk mengambil anak perempuannya yang berusia lapan tahun di sebuah sekolah berdekatan.

Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan lori sebelum terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang lori tersebut.

Sulaiman yang juga peniaga pasar malam meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan mayatnya melekat pada motosikalnya.
Sementara itu, di lokasi sama, seorang anggota polis dari Unit Kereta Peronda, Sarjan Jamaludin Hussin, turut cedera dan patah pergelangan tumit kaki kiri selepas dilanggar motosikal ketika membuat kawalan lalu lintas
di tempat kejadian.





.

Doktor dan jururawat lemas berkelah di air terjun Kg Giam


Kegembiraan empat rakan sekerja dari Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan untuk mandi di air terjun Kampung Giam, dekat sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka termasuk seorang doktor lemas.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohamad Azri Dollah, 27, dari Semariang, di sini merupakan seorang doktor yang baru selesai menjalani latihan dan jururawat, Norfazillah Abdul Kadir, 23, berasal dari Kampung Baru, Samarahan.

Kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan sekerja yang juga jururawat perempuan dari pusat tersebut telah berkelah dan mandi-manda di air terjun kampung itu yang terletak kira-kira 35km dari sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ini, apabila Norfazillah yang sedang mandi di tepi air terjun itu dilihat terkapai-kapai meminta bantuan dan apabila menyedari keadaan mangsa yang tidak pandai berenang, Mohamad Azri terus terjun dan cuba menyelamatkannya.

Namun, Mohamad Azri dipercayai menghadapi kesukaran berikutan arus yang kuat serta badannya yang ditarik Norfazillah yang berada dalam keadaan ketakutan sehingga kedua-dua mangsa lemas dan hilang di tempat kejadian.



P/S -  Gambar menunjukkan, Sharifah Mordiah Wan Abu, 53, menjawab telefon dari sanak saudara sambil menatap gambar anaknya Dr. Mohammad Azri Dollah yang ditemui mati lemas ketika berkelah di air terjuan Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo, Kuching. 



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!