Sunday, May 15, 2011

Betul ke ni?


Aneh, buah pisang tiba-tiba tumbuh tanpa pokok dan daun di kebun milik Salam, warga Dusun Ciamis. Uniknya, pisang tersebut tumbuh semakin membesar sama dengan tumbuhnya tunas pokok pisang baru di sampingnya.

Wawan Hermawan, jiran pemilik pisang aneh tersebut mengakui berasa hairan ketika melalui di kebun pisang milik Salam, “Saya melihat ada (buah) pisang yang tumbuh dari tanah, tanpa ada pokoknya. Baru kali ini saya melihat ada pisang tumbuh di atas tanah .

Menurut Wawan, pisang aneh itu diketahui sejenis pisang 'raja sereh'. Ketika ini, buahnya terus membesar hingga terdapat lima sisir. "Setiap melalui kawasan itu saya perhatikan, ternyata buahnya semakin besar,” katanya.

Salam, pemilik buah pisang berkata, fenomena tidak lazim tersebut ternyata baru diketahui dari jirannya yang merasa aneh tumbuhnya pisang tersebut.

“Pada awalnya dulu tempat itu berupa lubang pembuangan sampah. Kebetulan waktu itu ada pokok pisang yang sudah mati lalu saya tanam di sana. Saya sangka tidak akan tumbuh jadi buah, tapi ternyata tumbuh jadi buah pisang,” kata Salam yang berniaga soto khas jawa itu.

Buah aneh tersebut dijangkakan berumur sekitar dua bulan. "Memang boleh dikatakan agak aneh kerana tumbuh tanpa batang dan daun, batangnya juga sudah membusuk. Waktu saya tanam dulu memang ketika itu musim hujan,” katanya.





Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Mati tergantung di pokok rambai

Seorang tukang rumah, Eh Chai a/l Eh Rak, 28, ditemui mati tergantung pada dahan pokok rambai di kawasan kebun berhampiran rumahnya di Kampung Cherang, Chang Empat dekat sini, kelmarin.

Lelaki berbangsa Siam yang telah menduda selama lima tahun itu ditemui tergantung di dahan pokok berkenaan oleh bapanya, Eh Rak a/l Chau Kung, 50, kira-kira pukul 1.10 pagi ketika hendak membawa lembu meragut rumput di kawasan kebun itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi semalam berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mendapati, tiada kesan luka atau lebam pada mayat lelaki berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sembilan biji pil kuda di dalam poket seluar lelaki terbabit," katanya.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya lewat petang semalam.

Katanya, berikutan tiada unsur jenayah, polis telah mengklasifikasikan kematian lelaki terbabit sebagai mati mengejut.

Sementara itu, adik lelakinya, Ronna Chai, 24, yang ditemui di Rumah Mayat Hospital Tumpat memberitahu, ayahnya masih bersedih dengan kejadian tersebut dan sama sekali tidak menduga sikap berdiam diri dan murung abangnya itu merupakan petanda buruk.

"Seminggu ini perangai abang pelik sedikit, dia tiba-tiba berubah menjadi murung dan gemar bersendirian. Kebiasaannya, pada setiap malam dia akan keluar dan duduk-duduk di kedai makan saya di kampung Putih dekat sini," katanya.

Menurutnya, mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Ada bahan porno dirumah...


Dua pegawai Amerika Syarikat semalam mendakwa kononnya filem lucah adalah antara barangan yang dirampas oleh komando tentera negara itu yang menyerbu kediaman Osama bin Laden (gambar) dua minggu lalu.
Pegawai berkenaan berkata, mereka tidak dapat memastikan siapa sebenar pemilik bahan itu atau sama ada Osama menontonnya.

Anak Osama dan dua lelaki yang menjadi perantaranya juga tinggal di kediaman itu, kata pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Osama dan ketiga-tiga lelaki itu dibunuh dalam serangan berkenaan.

Bahan lucah itu dirampas di samping jurnal tulisan tangan, lima komputer, 10 cakera padat dan 110 pemacu pena yang kini dianalisis oleh pasukan diketuai CIA.

Pegawai berkenaan juga berkata, mereka tidak pasti di bahagian mana dalam rumah itu bahan lucah berkenaan ditemui. Bagaimanapun, menurut mereka, ia terdiri daripada rakaman video elektronik dan moden dan jumlahnya agak banyak.

Amerika Syarikat sebelum ini melaporkan, kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan, tempat pemimpin al-Qaeda itu dibunuh, tidak mempunyai sambungan Internet atau rangkaian komunikasi canggih.

Pegawai Amerika juga mendakwa kononnya jurnal itu turut mengandungi rancangan Osama untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Rodents found in noodles after horror inspection at Chinese takeaway



This shocking image was taken by hygiene inspectors who found a kitchen infested with mice including a family of the rodents nesting in a box of dried noodles.
The Dragon Palace Chinese restaurant in Westcliff, Essex, was also littered with decomposing bodies of mice, mouse droppings and congealed grease covering the ceilings.
Inspectors found that the owner, Kun Zhang, had made five breaches of hygiene rules which included cooked food being kept in boxes that had previously contained raw chicken.

Zhang, 45, of High Street Canvey, Essex, cried as the list of breaches were read out at Southend Magistrates' Court yesterday where she was fined £3,000.
Sentencing magistrate, Martin Everett said: 'This was a very serious matter. We have heard evidence and seen pictures of very serious contaminations in the Dragon Palace.
'We feel this did expose the public to significant, serious risks.'



Southend Council officers came across the catalogue of filth during a routine inspection of the takeaway in November 2010.
Magistrates were told that little effort had been made to regularly clean the kitchen and not one member of staff washed their hands during the hour long inspection despite handling both cooked and raw meat.
Prosecutor Tessa O'Connell said there had been an 'immense potential' for contamination and for bacteria such as salmonella to thrive.
Zhang also owns a restaurant in Canvey, but that was deemed 'satisfactory' by inspectors.


The Dragon Palace was closed down immediately after the inspection and has not reopened.
Hao Chen, Zhang's business partner, was due to be charged with the hygiene breaches has now fled to China.
In addition to the £3,000 fine, Zhang was ordered to pay £500 costs and £15 victim surcharge.




Counting to my birthday on 28 Mei..

.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!