Wednesday, May 18, 2011

My dear sakit eh?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada pagi Rabu, setelah mengadu sakit dada.
Beliau dimasukkan ke wad biasa pada pukul 6 pagi tadi selepas mengalami demam dan batuk sejak dua hari lalu.
Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas pada ketika menjalani rawatan intravena antibiotik dan fisioterapi dada secara intensif.
Pembantu khas beliau, Sufi Yusof dalam satu kenyataan di sini berkata, Dr Mahathir dijangka berada di IJN selama seminggu.
Para doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Cepat baca ni, lulu yang taip...


Hoho, jerebu teruk, tapi hari ni ada ok sikit sebab hujan turun pagi tadi beberapa jam..
Dan akibat cuaca yang tak menentu sejak akhir-akhir ni, kepala pening, migrain datang...
Lepas tu pening, loya, ngee dah macam orang ngandung..
Nasib baik malam tadi boleh tidur dengan nyenyaknya... alhamdulillah...


Terima kasih kerana membaca..
meh dekat... lulu nak kongsi sesuatu ni...
Selama berblogging dan setia dengan nuffnang, adakah korang tahu?
Bahawa wang hasil iklan melalui buffered earning akan bertambah setiap hari?
Ok, itu semua orang dah tahu....
Tapi adakah korang tahu, bahawa ianya boleh bertambah berkali-kali dalam 1 hari?
Hah, itu kompem korang tak tahu...


Tapi, betul, itu yang terjadi dengan lulu.. 
Bila buka pagi, sekian sekian jumlahnya..
Bila buka petang dah ada pergerakkan disitu..
Dan bila buka lewat malam pula, eh, lagii pergerakkan dikesan disitu..
magiklah..


Dulu memula berblogging, seminggu pun takde pergerakkan..
statik jer kat situ...sampai rasa sistem rosak..hoho...


Dan satu benda lagi nak share ni, esok 19hb...
Itu bermakna, giveaway yang sedang menghiasi entri melekat kat lulu-pages ni
akan tamat tempoh... 9 pagi esok ok...
2 minggu sekejap jer berlalu....
Korang dah join? Pada yang suka tunggu saat-saat akhir,
sila jangan salahkan lulu kalau terlepas join yer..
lulu memang tak boleh tolong... :)


Lepas ni ada giveaway lagiiii...................
hah, kena tunggulah eh...
sekarang busy body sikit..
Tapi sedaya upaya ni menghapdate blog...
Terima kasih setia bersama.. *wink






Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Hatimu kepunyaanku...yeah!!


Polis di bandar raya ini menahan seorang lelaki yang mengerat rakannya dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk sebelum memakan hatinya, kata pegawai penyiasat, semalam.

Nikolai Shadrin ditahan selepas polis mengesan apartmen tempat dia membunuh warga Moscow berusia 40 tahun, Ilya Yegorov pada awal Mei lalu. “Ketika menggeledah apartmen itu, alat digunakan untuk mengerat mangsa dan hati manusia ditemui. Shadrin mengaku melakukan jenayah berkenaan dan memakan sebahagian hati temannya itu,” kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan. Yegorov dibunuh pada 2 Mei lalu dan polis menemui organ tubuh manusia termasuk kaki, tangan dan sebahagian lengan di Sungai Moscow dan beberapa ruang bawah tanah di barat Moscow, kata polis, Aleksei Saveliev. Menurutnya, ketika ditahan, Shadrin sedang memakan stew hati manusia. Dia meremukkan tubuh mangsa dengan penyodok di mana terdapat kesan cap jarinya. Shadrin adalah pesakit hospital jiwa.




Counting to my birthday on 28 Mei..
.

"Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?"


Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.

Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.
Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".
Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.
Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Mariah Carey and Nick Cannon take twins home from hospital (in a Rolls Royce, of course)


It is the moment most parents look forward to as they finally get to take their new baby home.
And for Mariah Carey and husband Nick Cannon they were delighted to be taking their first car ride with their precious twins Moroccan and Monroe as they drove the bundles of joy home from the hospital on Saturday.
In first pictures of Mariah since she gave birth to her son and daughter on April 30, the singer looked glowing and very happy to finally be a mother.

The first time parents of course took 'Roc and Roe' home in style and drove their longed-for cargo in a black Rolls Royce.
Mariah sat proudly in the passenger seat as her husband of three years took control behind the wheel.
In the back of the vehicle were two car seats - one covered in a blue blanket and one covered in pink.
The Butterfly songstress has been in hospital with the babies for two weeks and looked relieved to finally be going home.
Mariah tweeted over the weekend that she is already singing to her double bundles of joy.
The 42-year-old said that she is 'on a tweet spree' because she is so excited to be back home.



Moroccan and Monroe were released from hospital three days ago but it was marred by the investigation into the family after an anonymous person complained to Child Protective Services that drugs and alcohols were used near the babies in hospital.
Cannon, 30, and Carey have been under investigation after the television host said someone may have overheard a nurse suggesting to Mariah to 'drink Guinness... the yeast improves breast-feeding'.

The couple have already been visited by CPS but the case will officially be closed after they receive a visit by a case worker at their home which should only last approximately 30 minutes.
Moroccan Scott and Monroe were born on April 30, both weighing under 6lbs, and are already one of the most famous sets of twins in the world.

They are being sang lullabies by their soulful mother who's Grammy award winning tone is now being used to soothe them to sleep.
'Dembabies aka Roc+Roe are sleeping peacefully :)', she wrote on Saturday of her son and daughter.
'I just finished singing 2 them(softly!) Feeling so blessed. LYM :) x0x0', Mariah added.
But husband and television personality Nick Cannon is not taking to fatherhood too well and says he is 'freaked out about being a new dad'.
On his radio show today, Cannon said he is worried about the babies suffocating or having to possibly give them CPR one day.
'This is the kind of stuff that is making me go crazy when you have two new babies', he shared. 'I cannot relax. I am OCD-ing. They don't tell you this part about being a new parent.'





Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.

Mayat pelajar wanita warga China ditemui berulat

Seorang wanita warga China yang belajar di sebuah kolej swasta dekat sini ditemui mati dalam keadaan berulat di sebuah bilik apartmen di Mantin, hari ini.
Mayat mangsa berusia 21 tahun itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang memecah masuk bilik berkenaan selepas beberapa pelajar mengadu tidak tahan dengan bau busuk.

Menurut jurucakap polis, mayat mangsa dijumpai terbaring di bilik tidurnya dalam keadaan lengkap berpakaian.
"Ketika ditemui, keadaan mayat sudah berulat dan mangsa disyaki sudah meninggal dunia sejak seminggu yang lalu.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat bagi mengesan punca kematian," katanya.
Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di bilik berkenaan dan beberapa rakannya memberitahu bahawa dia tidak keluar dari bilik sejak seminggu lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.
Katanya, buat masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Kerana dipandu laju..


“Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, anak-anak duduk di beranda sebelum mengaji,” kata Sabrina Taib, 36, menceritakan kejadian sebuah kereta terbabas dan melanggar dinding rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Menurutnya, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki itu terbalik dengan empat tayar di atas dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran.

“Masa itu saya duduk berehat dengan tiga anak saudara di bahagian belakang rumah pusaka itu sambil menonton televisyen kira-kira jam 3.20 petang.
“Tiba-tiba saya dengar dentuman kuat di bahagian depan rumah disusuli bunyi kaca pecah. Mulanya saya terfikir pokok tumbang atau rumah dipecah masuk.

“Disebabkan tidak sedap hati, saya membuka pintu belakang dan berjalan ke hadapan rumah sebelum ternampak sebatang dahan patah, namun tiada pokok tumbang.

“Saya terus berjalan ke depan dan tergamam melihat sebuah kereta terbalik dengan empat tayar di atas di beranda rumah. Sebaik terbau petrol saya terus berlari mendapatkan pertolongan anak saudara untuk mengeluarkan mangsa kemalangan itu,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya yang membantu memberitahu ada petrol melimpah keluar dari kereta berkenaan.

“Kami seperti hilang arah kerana takut sesuatu lebih buruk berlaku iaitu kereta itu meletup sebelum pemandu kereta yang cedera merangkak keluar kira-kira lima minit kemudian dan terus naik ke atas jalan kerana rumah kami berada di bawah tebing di selekoh.

“Kemudian anggota polis tiba diikuti anggota bomba menyembur cecair bagi menghalang limpahan minyak petrol itu,” katanya yang masih terkejut.

Sabrina berkata, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarganya atau orang lain mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu.


Katanya, kejadian itu kali kedua dan kemalangan pertama berlaku sekitar 1980-an apabila tayar sebuah lori tercabut serta terpelanting ke rumah berkenaan tetapi tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kerosakan.

“Setengah jam sebelum kejadian, suami ada bersama pesakit di sebuah bilik di tepi beranda yang rosak teruk. Kebetulan dia (suami) yang juga pengamal perubatan tradisional pergi merawat pesakit di Tampin, Negeri Sembilan.

“Saya anggarkan kerosakan dialami kira-kira RM20,000,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kemalangan itu ketika dihubungi petang semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu terbabit gagal mengawal kenderaannya akibat dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar rumah terbabit.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan serta Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Penghuni flat Singapura minum air mayat


Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.




 Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Pakej Lawatan Berhantu?


Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.


Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.







.

They’ll never find me in here



It would seem like the perfect hiding place in a youngster's game of  hide and seek.
However, an innocent game could have taken a turn for the worse when a little boy from Daye in central China's Hubei Province ended up trapped in the gap between two walls for three hours.The gap was a tiny 15cm wide and between two five-storey buildings.

The boy, who has not been named, squeezed into the gap to hide but then found that he couldn't get free again. 



His friends and passers-by attempted to release him but eventually, after the boy had been stuck for two hours, firefighters were called.
In order to release the boy firefighters had to enter one of the buildings and break a hole in the wall near to where the youngster was trapped. He was eventually freed after three hours and was found to be uninjured.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!