Tuesday, July 5, 2011

Punca traffik Lulu-Pages minggu ini..

Tiap Bulan, 200 Ekor Kera Disantap di Bali


Data yang mengejutkan dikeluarkan oleh ProFauna Indonesia. Selama ini, sebanyak 200 ekor kera yang didatangkan dari Jawa ke Bali digunakan untuk kepentingan penggunaan masyarakat di pulau perlancongan tersebut.
Ironinya, kera yang didatangkan ke Bali itu bukan hasil peliharaan, melainkan dari penangkapan di hutan. Kera jenis lutung Jawa sebagai kera yang dilindungi, tidak pupus dari korban penggunaan.
“Setiap bulan lebih dari 200 ekor dari kera jenis lutung Jawa dari Jember, Lumajang dan Banyuwangi didatangkan ke Bali untuk jadi santapan,” ungkap Ketua ProFauna Indonesia, Rosek Nursahid.

Rosek berkata, ketika ini terdapat sekitar 200 jenis kera di seluruh dunia. Dari jumlah itu, 40 jenis atau sekitar 25 peratus di antaranya hidup di Indonesia. Sayangnya, meskipun kaya akan jenis kera, namun 70 peratus kera di tanah air itu diancam pupus akibat rosaknya habitat kera dan penangkapan haram untuk diperdagangkan.


Setiap tahun terdapat ribuan kera dari berbagai jenis yang ditangkap dari hutan untuk diperdagangkan. Beberapa kera hingga kini masih diburu untuk diambil dagingnya.
“Mereka yang diburu untuk diambil dagingnya adalah Lutung Jawa, Monyet ekor panjang, Lutung Sumatera dan Beruk. Daging  kera dipercayai sebagai ubat seperti asma, meskipun sama sekali tidak terbukti secara saintifik,” ujarnya.




.

Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam



Satu lagi segmen, thanks buat Encik Nizam yang sudi pelawa lulu...
Owh katanya sudah menukar domain yang baru.. tahniah....
(Ramai dah berdomain, lulu-pages masih setia dengan blogspot..huhu)
Semoga terus maju jaya encik Nizam...


Jom semua join, klik pada banner kat atas eh...
meh kita penuhkan bloglist blog ini...ngee...



.

Bapa artis meninggal dunia


Bapa kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Wan Omar, 80, meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan pagi Selasa.

Menurut pihak pengurusan Fizo, Metrowealth Movie Production (MIG), bapanya mengalami masalah ketumbuhan dan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.
Bagaimanapun Allahyarham tidak sempat melakukan pembedahan seperti yang dirancang.

Allahyarham yang telah berpisah dengan ibu Fizo sejak beberapa tahun lalu tinggal di Selising, Pasir Puteh.




P/S - Al-Fatihah..



.

Segmen di Bangku Kosong: Bloglist Bangku Kosong Terhad


Ngee, letih ni, teringin nak duduk tapi takde bangku kosong...
entah encik hasrul leh tolong pinjamkan bangku tak????
Wacha, segmen pantas, nak taip pun terpaksa laju-laju sebab takut tak sempat..
Sebab kata Encik Hasrul, segmen ni buka sekejap jer...
Siapa cepat dia dapat...


Yeah, lulu nak lulu nak... nak duduk kat bangku kosong...


Sila pilih lulu-pages.. :)




.

"PENCARIAN CIK EN DAN BLOG"



Terima kasih Cik en, sebab pelawa lulu join bloglist ;)
Dah yang menariknya, ini adalah mengenai warna...
Owh sudah tentu mengenai warna kecintaan, biru.....yeah..
Sudah tentulah kategori yang lulu pilih adalah warna biru..

Bagi lulu, blog lulu-pages ni memang best...
ekeke, kena selalu 'lepak' kat sinilah baru tau, kan...
Tapi yang seronoknya, lulu senang hati sebab, segala sebaran maklumat dan pengetahuan yang ada kat blog ni boleh memberi manfaat buat semua orang.. Bak kat blogger's, sharing is caring...ngee


Jom lah join sebab tarikh tutup adalah 29 julai ni... lama lagi ni...
leh join banyak kali lagi *wink, yelah, minggu ni blog warna biru, leh join kategori warna biru..
Minggu depan tukar warna leh join kategori warna lain pula.. kan Cik en?? ngee




.

Fenomena selepas gempa, tsunami


Upacara meraikan perceraian semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.

Upacara yang dibuat bagi menandakan permulaan perubahan status pasangan kepada kehidupan solo, menelan belanja 55,000 yen (RM2,072), termasuk hidangan bufet dan upacara menghancurkan cincin perkahwinan menggunakan tukul kecil.
Tomoharu Saito meraikan upacara itu di Tokyo bersama isteri, Miki beberapa hari sebelum mereka dijadual bercerai berkata, upacara memecahkan cincin membuat dia lega.

“Saya tidak sangka dapat menghancurkan cincin dengan mudah, tetapi saya dapat melakukannya. Saya terkejut pada mulanya, tetapi ia membantu saya memulakan hidup baru dengan fikiran terbuka,” katanya.

Upacara itu juga termasuk pembelian ‘pakaian cerai’. Bagi upacara itu, Miki memilih sehelai gaun musim panas berwarna kuning bunga daisy untuk upacara itu. Di Jepun, warna ‘daisy’ dipercayai melambangkan ‘hubungan baik atau platonik’.

“Mereka yang mahu bercerai secara baik akan melakukan upacara ini. Selepas gempa bumi, keinginan saya untuk kembali tinggal bersama ibu bapa semakin kuat dan kerana itu saya memilih untuk bercerai dengan Tomoharu,” katanya.
Rakan pasangan itu, Hiroko Tada hadir pada upacara perkahwinan dan perceraian pasangan Saito.

“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana bercerai secara baik. Saya tidak pernah membayangkan ia akan berakhir begini kerana saya juga hadir ketika perkahwinan mereka dulu,” katanya.

Pereka pakaian, Akuiue Go berkata, beliau mencipta pakaian yang memberi penekanan kepada bahagian belakang, agar lebih cantik.




.

"Apa ni....?"


Seorang suri rumah mendakwa dimalukan seorang bomoh lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya hanya kerana dia enggan menjalani rawatan di dalam bilik gelap bersama bomoh itu tanpa ditemani suaminya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Leha, 30-an, berkata, dia kerap pening dan pitam sebelum dibawa suami mendapatkan rawatan tradisional di Kulim, Kedah.

Menurutnya, dia yang berjumpa bomoh berusia 60-an itu awal minggu lalu dan didakwa terkena sihir serta perlu menjalani rawatan pembedahan batin di dalam bilik khas bersamanya.
Leha berkata, pada peringkat awal, bomoh itu memegang jari tangannya untuk mengesan punca penyakit misteri menyerangnya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya diminta bomoh itu supaya masuk ke dalam bilik khas disediakan itu untuk menjalani pembedahan batin, manakala suami diminta duduk menunggu di luar.
“Saya terkejut dengan arahan itu menyebabkan saya enggan kerana tidak mahu menjalani rawatan di dalam bilik dengan lelaki bukan mahram. Malah, saya bimbang jika perkara tidak baik berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia memaklumkan kepada suaminya dia tidak mahu meneruskan rawatan dengan bomoh berkenaan.
“Tindakan saya itu menyebabkan bomoh itu naik angin dan memaki-hamun dan mendakwa saya sengaja mempertikaikan kaedah perubatannya.

“Berikutan tidak mahu sesuatu buruk berlaku, saya dan suami keluar dari rumah bomoh itu untuk pulang. Namun, bomoh berkenaan terus mengekori kami sambil mencerca tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu benar-benar membuat dia tertekan hingga mengambil keputusan membuat laporan di balai polis di Kulim, Kedah.

Leha berkata, dia tidak mahu menjalani rawatan bersendirian di bilik lelaki berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian pukau, sihir atau cabul seperti kerap dilaporkan media sebelum ini.





.

Nasib malang? Pencuri atau mangsa kecurian?


Seorang peragut bernasib malang apabila diberkas dalam keadaan seluruh badannya bersalut najis kerbau di kawasan berpaya selepas meragut beg tangan seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki berusia 20-an itu diberkas sepasukan polis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tidak lama selepas mangsa yang diragut membuat laporan.

Malah, tindakan lelaki terbabit bersama dua rakannya masih bebas seolah-olah mengundang padah apabila melakukan kegiatan itu berhampiran balai polis.

Mangsa, Nor Azma Sarif, 19, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya Nor Laila Mohd Nor, 22, dalam perjalanan untuk menaiki bas dari Masjid Tanah ke asrama mereka di Kuala Sungai Baru.

“Saya duduk di kerusi berhampiran tangga, manakala rakan duduk berasingan dan apabila sampai berhampiran Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, ada penumpang menekan loceng untuk turun.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!