Sunday, July 24, 2011

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...



Jom bersegmen ;)
Biasanya, pembaca kurang sikit dihujung minggu...
Kadang tu tak tahu apa nak buat, kan....
So, meh kita bersegmen...
lulu nak terjah blog ni... saja up trafik bersama dihujung minggu...


Nak join??
1. Ambik header blog lulu dan link kan ke entri ni..dengan tajuk :
Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...
2. Dalam entri tu korang tulislah apa nak tulis... Kenalah buat entri kan, sebab bukan lulu jer akan terjah, mesti ramai lagi akan terjah.. So, mesti nak tinggal komen, kalau takde entri macam mana nak komen...
3. Tinggalkan link entri tu kat komen entri ni..
4. Tarikh tutup tengah malam hari ahad...


Ngee, 48 jam entri melekat buat semua yang join... Berminat?? minat?? weewee....





P/S - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]
~Hadiah Giveaway | "Love to look Gorjes" akan diumumkan selepas tamat segmen ni ..



.

day 17 - gambar bilik idaman anda


Siyes lulu sukakan warna biru...
Apatah lagi warna biru lembut, tengok pun, hati rasa tenang jer...
Suka warna biru bukan semata-mata kerana minat chelsea tau..
Tapi kalau ikutkan hati, nak juga semuanya chelsea dalam bilik tidur..
Bedsheet, comforter, sarung bantal... best..ngee...


Setakat ni bilik belum jadi macam dalam gambar tu lagi..
Tapi, semoga suatu hari nanti lulu akan dapat bilik idaman lulu....
Blue is the colour... football is the game..
eh... :)




P/S - Tamat Cabaran hari ke 17 ~baca semuanya~
(Thailand All Stars 0-4 Chelsea FC)




.

Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia


Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.

Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.

“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”

Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.

“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.

“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.

“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.

“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.

Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.

Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai.




.

Special Remember : Amy Winehouse (RIP)


Troubled singer Amy Winehouse died yesterday of a suspected drug overdose at her London home.
The 27-year-old star, who had fought a long and well-publicised battle with drink and drug addiction, was pronounced dead after police were called to her £2.5 million three-storey home in North London.
Her untimely death follows a long list of musicians who have all died at the age of 27, known as the 27 Club. They include rock legends Jimi Hendrix, Jim Morrison, Janis Joplin, Kurt Cobain and Rolling Stone Brian Jones.
 Amy was said to be devastated and ‘inconsolable’ after being dumped by her on-off boyfriend Reg Traviss, 34, just before she checked herself into The Priory rehabilitation clinic last month. 




Traviss, who had previously turned down a marriage proposal from the star, was desperate to help Amy turn her life around, say friends, but when he realised she could not beat her demons he ended the relationship.
Last night, as Winehouse's body was taken to a local mortuary, her heartbroken mother Janis admitted she believed her daughter's death had been 'only a matter of time' when they met just 24 hours before she died.
'She seemed out of it. But her passing so suddenly still hasn't hit me,' she said.
Instead, she said, she preferred clinging for comfort to Amy's own parting words at the end of an enjoyable day they had spent together on Friday.
As mother and daughter kissed on the doorstep Amy told her, 'I love you, Mum'.
'They are the words I will always treasure and always remember Amy by', she said.

Last night Amy’s father Mitch - who had predicted she would die if she failed to quit drink and drugs - said he was devastated but has vowed ‘not to crack up for Amy’s sake’.
The cabbie-turned-singer was on a jazz tour in New York when he heard the news. He said: ‘I’m coming home. I have to be with Amy. I can’t crack up for her sake. My family need me.’
Amy had recently completed her third album but the release date was delayed by Island Records when she went into rehab. 


She bought her five-bedroom Camden home in 2009 but only moved in this May after spending £200,000 installing a recording studio and gym.
As the investigation to establish the cause of her death began, three people were seen outside the house, which is in one of London’s most expensive streets. They were Mr Traviss, her bodyguard – known only as Neville – and former Big Brother contestant Aisleyne Horgan-Wallace, 32, a long time friend of the singer, who looked distraught.
A Scotland Yard spokesman said: ‘Inquiries continue into the circumstances of the death, which at this stage is being treated as unexplained. We do have people we’re speaking to but nobody has been arrested.’
A source said: ‘A number of people were helping police with their inquiries but we are still trying to establish who was with her when she died. It’s fair to say these people are central to police enquiries in piecing together what happened before she died.’
Another police source said that the death was being treated as ‘drink and drugs-related’. A post-mortem is expected to be carried out tomorrow.
A Metropolitan Police spokesperson said in a press conference yesterday evening that no cause of death had yet been confirmed.
 He said: 'I am aware of reports of a suspected drugs overdose, but I would like to re-emphasise that no post-mortem has yet taken place and it would be inappropriate to speculate on the cause of death.




'The death of any person is a sad time of friends and family especially for someone known nationally and internationally like Amy Winehouse. My sympathy extends not only to her family but also to her millions of fans across the world.'
A statement from Winehouse's U.S. record label read: 'We are deeply saddened at the sudden loss of such a gifted musician, artist and performer.
'Our prayers go out to Amy's family, friends and fans at this difficult time.'
And a spokesman for the late singer said: 'Everyone involved with Amy is shocked and devastated. Our thoughts are with her family and friends. The family will issue a statement when ready.'




A section of the road where the singer lived remained cordoned off last night. Journalists, local residents and fans gathered at the police tapes, while forensic officers were seen going in and out of the building.
One neighbour, who did not want to be named, said she saw the grief-stricken Traviss, on the ground outside the house.
Amy became a household name in 2006 after the multi-million sales of her five-time Grammy Award-winning album Back To Black, which chronicled her troubled love affair with her former husband Blake Fielder-Civil.
The pair married in Miami in May 2007 but divorced two years later after they both battled drink and drug addictions.


It is also alleged former music video producer Fielder-Civil was the one who introduced the Back to Black star to heroin and crack cocaine.
Amy's father Mitch previously spoke out about how his daughter stayed away from drugs prior to meeting her ex-husband.
In an interview last year he said: 'He's not entirely responsible, she's got to take a portion of the responsibility, but it's clear, it really kicked off when they got together.'
Despite her personal problems the star amassed a £10 million fortune and her album, with hits including Rehab, also helped her find success in America. But she struggled to deal with her success.
On Thursday, she made a surprise return to performing at the Roundhouse in Camden, North London, supporting her goddaughter Dionne Bromfield in an iTunes Festival concert. But fan Simon Grabiner, 19, said she came on stage and ‘stumbled around’ as if she was drunk or under the influence of drugs.
Mr Grabiner, from Potters Bar, Hertfordshire, said: ‘Everyone cheered as they saw her come on, and everyone thought she was going to perform. But she just walked around the stage as if she was drunk or something. 




‘Her legs seemed to turn to jelly. She gave Dionne a hug, and told everyone to buy her album. Then she just walked off.’ 
It followed a shambolic performance in Belgrade, Serbia, last month where Amy was booed off stage which led to the cancellation of her European tour.













.

Majlis perkahwinan mewah beri impak negatif


Perkahwinan yang menelan perbelanjaan melampau mencecah jutaan ringgit boleh memberikan impak sosial yang negatif jika ia dilaksanakan hanya semata-mata memenuhi elemen menunjuk-nunjuk hingga mengetepikan matlamat sebenar perkahwinan.

Dari segi sosial pula, kebanyakan majlis perkahwinan mewah besar-besaran yang dianjurkan di negara ini sudah dicampur aduk dengan pelbagai elemen selain dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapat keuntungan khususnya membabitkan selebriti dalam memastikan barangan yang ditaja mendapat publisiti meluas.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata apa yang lebih membimbangkan adalah aliran berbelanja mewah akhirnya menjadi ikutan hingga ada pasangan sanggup berhutang bagi memastikan majlis berlangsung dengan gilang gemilang yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang selepas perkahwinan.

“Ia juga tergelincir daripada matlamat sebenar perkahwinan yang sepatutnya dilaksanakan dengan cara sederhana. Bila rumah tangga dibina atas niat mahu popular hingga sanggup berhabis dan mengetepikan asas utama perkahwinan yang sepatutnya sederhana dan berteraskan agama, tidak mustahil ia boleh jadi faktor menyebabkan perceraian,” katanya.

Bekas Penasihat Agama Istana Negara yang juga pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, pula berkata kesan lebih buruk jika majlis itu lari daripada matlamat dan akhirnya mengakibatkan pembaziran, malah lebih teruk lagi ikatan yang dibina dengan perbelanjaan jutaan ringgit tidak mampu bertahan lama.

“Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi yang sangat dituntut malah kenduri atau majlis itu harus dibuat hanya bagi mereka yang berkemampuan. Perkara paling penting jangan sampai majlis jadi perkara boleh menimbulkan riak (sifat menunjuk-nunjuk).

“Islam mengunjurkan pernikahan dalam suasana paling mudah dan ringkas kerana itu yang terbaik dan paling diberkati. Untuk apa kita melaksanakan majlis yang bermegah dan bermewah tetapi tidak mendatangkan keberkatan, kerana apa yang penting majlis diberkati,” katanya.
Semalam akhbar melaporkan majlis resepsi perkahwinan pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini yang mendapat tajaan Rafflesia The Pearl Centre dianggar menelan kos lebih RM12 juta.

Rafflesia turut memaklumkan akan menyediakan dua persalinan bertatahkan mutiara yang setiap satunya bernilai RM500,000, dua set barang kemas masing-masing bernilai RM2.8 juta berupa anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.





.

Man gets stuck halfway into sewer trying to retrieve his cell phone



A man who was found stuck head-first inside a storm drain in a residential street early Thursday morning claims that he wasn't drunk and was the victim of a gang attack.
Jared Medeiros, 21, of Ceres, California, says he was attacked and robbed by gang members who threw his cell phone into the drain.
He said he got stuck in the drain when he tried to retrieve the phone so he could call 911.

He was stuck for 40 minutes before residents noticed his legs flailing wildly and he was rescued by firefighters.
Mr Medeiros said he was walking from his house to a friend's up the street when four young men walked toward him.
He said: 'I walked passed them and then one of them hit me from behind.

'I started fighting with one of them and then all of them were hitting and kicking me on the ground.
'My head was split open and I was bleeding.
'I felt blood from my head and I started shaking, so I went for my cell.'
But Mr Medeiros never reached his phone and ended up getting stuck at the waist in the water-filled hole, news10.net reports.


Brianna Mooney, 16, who lives in the house closest to the drain, said she called her boyfriend when she heard the screaming.
He in turn called his aunt Christina Nieves, who lives a few houses down from Miss Mooney.
'When I got to the window I could hear him screaming. He was really screaming loud,' said Mrs Nieves, who called police.

Ceres Police say fire fighters were able to pull Medeiros out of the hole and assessed his medical condition.
They thought Mr Medeiros was slightly intoxicated but not impaired.
Mr Medeiros admitted he had been drinking, but was not drunk and that he believed the injuries to his head impaired his ability to explain to officers what happened to him.
Ceres PD Sgt. Yandell said: 'A report was filed based on the information the victim gave officers at the scene the night of the incident.'



.

Anak yang menyatukan kami


“Saya tidak mahu ingatkan kisah lalu, lebih-lebih lagi anak kedua saya, Airit Qaqa Arjuna yang berusia dua bulan menyatukan saya dengan mereka (Aidil dan keluarganya).
“Buat masa ini, saya cuba fokus untuk menjadi ibu kepada dua anak dan isteri. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, kami tetap bersama meluangkan masa dengan anak,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35.

Bagaimanapun, anak pertama mereka, Airil Rayyan Rizkin, yang kini berusia tiga tahun enggan bersama bapanya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga pemain bola sepak kebangsaan.
Malah, kadangkala Rayyan juga seperti tidak mengenali Aidil kerana mereka jarang menghabiskan masa bersama.

Menurut Rita, setiap kali Aidil membawa Rayyan keluar, anaknya pasti bertanya mengenai bapanya, malah kadangkala Rayyan juga enggan memeluk Aidil.

“Saya tidak salahkan Aidil. Lagipun, dia sibuk dengan tugasnya sebagai pemain bola sepak kebangsaan, lebih-lebih lagi dia kini dalam misi membawa nama Malaysia ke Piala Dunia akan datang.
“Namun sebagai ibu, hati saya sedikit terguris apabila melihat anak kecil itu tidak mahu bersama bapanya. Lagipun, mereka tidak mempunyai banyak masa bersama.

“Bayangkan, selepas latihan, Aidil pulang lewat malam dan pada waktu itu anak sudah tidur. Bila pagi, awal-awal dia sudah keluar untuk mengikuti latihan. Jadi, masa untuk bermain dengan anak itu tiada,” katanya.

Menyedari perkara itu, dia dan Aidil sepakat untuk meluangkan masa demi kepentingan anak mereka.

Rita berkata, Aidil kini terpaksa berkorban supaya anak tidak melupakannya.


“Saya berbincang dengan Aidil bahawa kami perlu berada di rumah untuk bersama anak. Jika sibuk sekalipun, kami berdua perlu mencuri masa terluang walaupun hanya satu jam untuk bermain dengan anak.

“Alhamdulillah, kini Aidil mampu melakukan itu semua dan insya-Allah, semuanya akan kembali normal. Kini, saya pula yang sibuk dengan penggambaran di luar negeri.

“Bagaimanapun, bila berada di Kuala Lumpur dan di rumah, saya dan Aidil akan sama-sama mencari masa untuk bersama dengan anak,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku 2 di Cameron Highlands.



.

Putus dua..


Seorang remaja tergamam apabila melihat sendiri bapa saudaranya digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur dalam kemalangan di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, pemandu lori , Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika menyeberangi lebuh raya berkenaan. Mayatnya yang tercampak ke seberang jalan kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa kenderaan lain yang tidak menyedari terdapat mayat di atas lebuh raya berkenaan.

Anak saudara mangsa, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri kejadian berkenaan berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya itu dan dia yang menjadi kelindan kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang ke Melaka. Menurutnya, disebabkan lori berkenaan kehabisan minyak, arwah terpaksa menumpang kereta ke stesen minyak berhampiran dan menumpang lagi kereta lain setelah membeli minyak.

"Ketika kemalangan berlaku, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk kembali ke lori. "Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga terputus dua dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam. Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebentar sebelum cuba menahan kereta untuk memohon pertolongan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.




.

Bayi maut tercampak keluar van

Amat memilukan bagi pasangan suami isteri kerana hanya sempat mencurah kasih sayang kepada anak sulung yang dilahirkan 50 hari lalu sebelum bayi perempuannya itu maut selepas tercampak dari van dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 67, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7.30 malam dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, berlaku ketika pasangan berkenaan bersama bayi perempuannya, Siti Nur Sazlina Mohd Sazwadi dan empat lagi ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai ke rumah mereka di Ladang Serasa, dekat sini, Turut cedera dalam kemalangan itu, pasangan suami isteri terbabit, Mohd Sazwadi Sidik, 23, yang juga pemandu van, Nur Alilidiana Mazlan, 20, ibu Nur Alilidiana, Hartini Ibrahim, 39, tiga adiknya yang dikenali Piza, 19, Khairudin, 17 dan Wafinuddin, 4.

Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang cedera membabitkan sebuah kereta Proton Wira sudah dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan segera, manakala identiti mereka belum diperoleh pihak berkuasa.

Difahamkan, kemalangan terbabit berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan ke simpang masuk rumah mereka di Ladang Serasa sebelum bertembung dengan Proton Wira dinaiki dua lelaki menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terhumban ke dalam longkang.

Adik ipar mangsa, Piza berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan berada di pangkuan ibunya yang duduk di bahagian depan sebelum tercampak di tengah jalan sejurus kemalangan berlaku membabitkan kedua-dua kenderaan itu.

“Tidak dapat saya lupakan kejadian yang sungguh tragis dan memilukan. Bayi yang berada dalam dakapan ibunya tiba-tiba terlepas dari pelukan, menyebabkannya tercampak dari van berkenaan dan mengalami cedera parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Selain itu, semua ahli keluarga dalam keadaan cedera parah termasuk abang ipar yang tersepit di dalam van berkenaan sebelum mendapat bantuan orang ramai yang berada di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Jenazah bayi berkenaan sudah dikebumikan di kampung datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting dekat sini, malam kelmarin.



P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!