Saturday, August 13, 2011

Play by my rules and respect my authority



Chelsea manager Andre Villas-Boas has introduced a zero tolerance regime ahead of his first Premier League match in charge against Stoke City on Sunday.

Villas-Boas has stamped his authority on the club's Cobham training ground and demands his players 'live up to standards'. 

The new Chelsea boss, 33, declared he will not be satisfied unless he brings the Premier League title back to Stamford Bridge in nine months' time.
Villas-Boas also admitted he dreams of doing the Double - just as his predecessor, Carlo Ancelotti, did in his first season in charge.
The tough new measures Villas-Boas has introduced include:
  • Players must always eat breakfast and lunch together on training days.
  • Muslim players Nicolas Anelka and Salomon Kalou must still sit with their team-mates during meals - even though by observing Ramadan throughout August they must fast during daylight hours.
  • Unnecessary noise is banned during training sessions. A gardener was even told to stop trimming the hedges as he was making too much of a racket.
The manager wants his side to train in white - and black adidas kits have been sent back to the manufacturers. 

Villas-Boas said: 'I trust my man-management abilities and I base my decisions on that.
'The season is long, disappointments will come, but players have to live up to standards.
'Pre-season is for establishing your ideas and the players have been responding to that.
'We look for excellence and look to win back the title that escaped us last season. We'll do everything in our power to win it back. 


'There's always a relationship of trust that we've built on from when I was here (as opposition scout under Jose Mourinho), and friendship with a couple of them. I was closer to them (then) than I am now.
'There's a complete relationship of trust, and will always be. The players know exactly where they stand in that position.'
Villas-Boas has not lost a competitive match since February 2, when his Porto side were beaten 2-0 at home in the Portuguese Cup by Benfica.
He won four trophies at Porto last season - a domestic league and Cup double, the Europa League and the Portuguese Super Cup - and joked he 'would retire' if he manages to emulate that success at Chelsea.
Villas-Boas said: 'I wouldn't be satisfied if we don't win the Premier League. If I win all four trophies I'll retire. I thought about it (last season).
'I want to win as many titles as possible. That's the target for me. My players have that kind of ambition.
'We can only dream to emulate what Carlo did in his first year and, hopefully, more.'
The Chelsea boss oversees his first Premier League match at Stoke City's on Sunday, a ground at which his side have never lost.
Villas-Boas's tough new measures will certainly be given a thorough examination by last season's FA Cup finalists, as Chelsea try to show they have regained the stubborn robustness of the Mourinho era, rather than the vulnerability of the side that faltered away at the likes of Wolves and Wigan under Ancelotti. 



.

#3 GIVEAWAY SIMPLE : DOMO ITU MILIKKU



Siyes nak sangat benda ni.. Petang tadi dah belek-belek kat kedai, sebenarnya bukannya mahal pun.. Tapi teringin nak dapat sebagai hadiah :)... Semoga rezeki lulu kali ni yer.. huhu... nak sangat...


Jomlah memeriahkan lagi giveaway ni.. lulu baru online, ternampak giveaway ni, tutup malam ni ...
Nak join klik link diatas...




P/S - Senang hati sebab musim baru BPL sudah bermula... yeah... Jom tengok bola...



.

Kesunyian jalani ibadah puasa sendirian

Dalam kesibukan umat Islam menyambut Ramadan sambil berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa, seorang warga emas, Gayah Hitam, 79, tetap kesunyian menjalani kehidupannya.

Lebih memilukan hatinya, suami tercinta, Mohd. Nooh Mohamad yang berasal dari Kampung Belukar Juling, Endau telah meninggal dunia Februari tahun lalu akibat sakit tua pada usia 91 tahun.

Sejak itu, Gayah menjalani kehidupan sendirian dan menumpang teduh di sebuah bilik kecil di deretan rumah kedai di Pekan Endau dekat sini sejak tahun lalu.

Dia yang berasal dari Terengganu terpaksa meneruskan sisa-sisa kehidupan seorang diri kerana tidak mempunyai anak atau saudara mara di sini.

"Saya hanya bergantung bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kehidupan," katanya.

Menurutnya, bilik kecil yang didiaminya itu adalah hasil belas ihsan orang ramai di sekitar pekan tersebut yang simpati melihatkan nasibnya.
Keadaan bilik yang sempit dan agak gelap itu tidak ubah seperti sebuah setor barangan yang hanya mempunyai sebuah katil, meja kecil dan para dapur menyimpan makanan.

"Saya bersyukur dan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang penyakit," katanya sambil memberitahu akan ke surau berhampiran jika ingin membuang air kerana bilik berkenaan tidak mempunyai tandas.
Melihat keadaan rumah dan nasib yang menimpa warga emas itu, sokongan serta bantuan amat diperlukan baginya untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa agar kesihatan dan keselamatannya lebih terjamin.



P/S - Macam manalah agaknya kita dihari tua kita??



.

Berpuasa sebelum masuk Islam


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam.
Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.
Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar.
“Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.

“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.
“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.
Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu.

“Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur.
“Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya.
Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu.
“Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain.

“Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009.
“Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam.
Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu.
“Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi.
Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas.



.

Tabah laksana ibadah puasa


Seramai empat juta penduduk Islam di Jerman menjalani ibadah puasa di bulan suci Ramadan, dari terbit matahari sehingga terbenam matahari serta memberi tumpuan kepada Tuhan dan melaksanakan perkara yang baik, sama seperti saudara seagama yang lain di seluruh dunia.

Lebih daripada separuh penduduk Islam yang tinggal di Jerman berasal dari Turki dan selebihnya datang dari negara-negara Arab atau Afrika, tetapi terdapat juga beribu-ribu rakyat Jerman yang memeluk agama Islam.

Kebebasan beragama dijamin di bawah Perlembagaan Jerman, tetapi ramai umat Islam di sini berasa sukar untuk menyambut Ramadan di Jerman seperti di negara Islam.
Nehru Abdul-Mohsen, yang tinggal di Nuremberg selama 25 tahun, berkata 'jadual harian di Jerman tidak bersesuaian dengan Ramadan dan menyukarkan untuk berpuasa'.

Dia yang berasal dari Iraq menyatakan waktu bekerja di dunia Arab adalah singkat dan sesuai dengan bulan Ramadan, manakala waktu perniagaan di Jerman tidak berubah dan ia menjadi sukar lebih-lebih lagi 'apabila perlu bangun seawal pukul 4 pagi untuk bersahur'.

Ahmad Haitam, 33, seorang rakyat Palestin yang berkahwin dengan wanita Jerman, berkata, dia merindui keluarganya, makanan tradisional yang disediakan pada bulan Ramadan dan suasana persekitaran tanah airnya.
Namun, mungkin cabaran terbesarnya ialah berpuasa di kalangan masyarakat Jerman yang menikmati makanan dan minuman mereka.

"Berpuasa di Berlin berbeza buat saya jika dibandingkan di negara asal. Walaupun saya dan isteri berpuasa sepanjang bulan ini, namun persediaan khas dan makanan serta adat yang sering dilakukan di negara Islam lain, tiada di sini," katanya.

Tahra, 66, seorang nenek berketurunan Pakistan, teringin merasai semula persekitaran Ramadan, yang mana dia boleh mendengar seruan azan dan melihat lebih banyak masjid.
Ia memandangkan Jerman hanya mempunyai 40 buah masjid sahaja, namun masjid baru sentiasa dibina, dan di sepanjang Ramadan, umat Islam memenuhi masjid-masjid terutamanya selepas waktu Maghrib untuk berkumpul membaca Al-Quran, bersolat terawih dan bergaul.



.

Helmet unik..



Kebanyakan orang cuba mengelak menggunakan topi keledar berambut.
Namun, topi keledar yang dilengkapi rambut ini membuatkan rambut anda terurus dan boleh disikat setiap masa.

Sekumpulan pereka dari Kazakhstan muncul dengan produk topi keledar yang akan menarik perhatian orang apabila anda memakainya ketika menunggang motosikal.
Ia termasuk topi keledar dilengkapi rambut berwarna kemerahan - lengkap dengan telinga - dan rambut pendek coklat dengan anting-anting di telinga.

Rekaan itu dicipta agensi pemasaran Good! di Almaty, Kazakhstan.



.

Wanita selamat jalani pemindahan muka


Doktor menyiarkan pertama kali semalam, gambar seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang menjalani rawatan pemindahan muka dua bulan lalu ekoran kecederaan teruk setelah diserang seekor cimpanzi yang mengamuk, milik kawannya.

Charla Nash, yang buta serta kehilangan kedua-dua tangannya dalam serangan tersebut, kelihatan terbaring di atas katil hospital, melalui gambar yang diedar oleh Hospital Brigham and Women di Boston, Massachusetts.
"Saya kini mampu melakukan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum ini.

"Saya akan boleh menghidu semula dan makan secara normal serta tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan bercakap dengan jelas. Saya juga akan mampu mencium memeluk orang yang disayangi. Saya sangat bersyukur dengan penderma dan keluarganya," katanya.

Dalam serangan tersebut, Nash kehilangan kedua-dua matanya, hidung, rahang atas dan bibir serta kebanyakan tisu lembut di mukanya, kata doktor.
Identiti penderma dirahsiakan atas permintaan keluarganya.
Pemindahan muka secara penuh kali pertama dilakukan di Sepanyol, dan doktor hospital Vall d'Hebron di Barcelona memaparkan hasil kerja mereka kepada umum pada Julai 2010.

Pemindahan muka secara tidak penuh kali pertama berjaya dilakukan di Perancis pada 2005 ke atas Isabelle Dinoier, seorang wanita berusia 38 tahun yang mengalami kecederaan teruk diserang anjingnya.
Sejak itu, berpuluh-puluh pembedahan pemindahan muka telah dilakukan di China, AS dan Sepanyol.



.

3 maut selepas beli juadah Ramadan


Hasrat dua beradik untuk berbuka puasa bersama adik bongsu yang pulang bercuti dari Johor tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam nahas di Kampung Permatang Binjai dekat sini selepas membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.

Norhashimah Hashim, 44, bersama adiknya, Normadiah, 38, dan menantu Norhashimah, Shamsul Kamal Razali, 38, maut selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 6.45 petang.
Anak tunggal Norhashimah, Siti Suraya Mansor, 23, yang juga isteri Shamsul Kamal dan sepupunya, Mohd. Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan masing-masing dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki mereka berlima dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bakar Kapor dekat Penaga selepas membeli juadah di Bazar Ramadan Maklom sebelum dirempuh Fortuner itu yang datang dari arah Butterworth menghala ke Tasek Gelugor.
Menurut adik bongsu mangsa, Ismail Hashim, 26, dia sebelum itu turut bersama-sama Norhashimah ke bazar Ramadan tersebut tetapi pulang awal menaiki kereta lain bersama isteri dan seorang lagi kakaknya, Norlia yang juga ibu Mohd. Firdaus.

“Selepas beli beberapa juadah, saya balik dulu dan menunggu mereka di rumah tetapi sehingga waktu berbuka, kelibat mereka tidak kelihatan sebelum mendapat panggilan kira-kira pukul 8 malam yang mereka terbabit kemalangan.

“Memang terkejut sangat sebab tak sangka boleh jadi macam ini ketika mereka berdua beria-ia nak berbuka puasa dengan saya sekeluarga,” katanya ketika ditemui di HSJ di sini, malam tadi.
Tambah Ismail, dia yang bekerja di Mersing, Johor pulang bercuti selama seminggu di kampung manakala Suraya yang tinggal di Baling, Kedah bersama suaminya turut pulang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Jenazah Norhashimah dan Normadiah dikebumikan pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakar Kapor manakala jenazah Shamsul dibawa pulang ke kampung halamannya di Kupang, Baling.
Pemandu Fortuner terbabit yang berusia 49 tahun turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di HSJ manakala isteri dan dua anaknya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Suhami Md. Nor berkata, SUV itu dipercayai dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat selain melanggar lampu merah.
“Ketika itu kereta Proton Wira yang dipandu Suraya melepasi persimpangan itu dan terus dirempuh Fortuner lalu SUV itu terbalik,” katanya.
Beliau meminta pihak yang menyaksikan kemalangan itu supaya membuat laporan atau hubungi 04-5741427.



.

Disah halal..


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan bahawa produk kosmetik jenama SimplySiti adalah halal dan kesal atas penyebaran dakwaan yang tidak tepat mengenainya sebelum ini.
Jurucakap Bahagian Hab Halal Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, penyebaran dakwaan yang tidak benar mengenai produk itu boleh mengelirukan pengguna Islam dan menjejaskan perniagaan syarikat itu.

"Jakim dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui bukanlah berus yang digunakan di dalam produk SimplySiti, tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan kilang.

"Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan dari kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada syarikat itu," jelas kenyataan itu.
Isu itu timbul ekoran penyebaran maklumat daripada blog tempatan sebelum ini yang mendakwa produk SimplySiti menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi.

Menurut kenyataan itu, Jakim juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).
Dalam pada itu, Presiden SimplySiti Sdn. Bhd., Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberi jaminan produk SimplySiti di pasaran adalah mematuhi syarat piawaian halal Jakim.

"Pihak kami selama ini bekerjasama rapat dengan Jakim dalam setiap proses sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam," katanya.
Beliau berkata, penghasilan produk yang ingin mendapat pengesahan halal Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran serta pekerja supaya mematuhi piawaian yang ditetapkan.


.

Yusry dan Lisa Surihani naik pelamin 2012


Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.



P/S - Bersamalah kita doakan pasangan ini, menemui kebahagiaan mereka...



.

Wanita merokok lebih mudah diserang penyakit jantung


Wanita yang menghisap rokok lebih mudah diserang penyakit jantung berbanding perokok lelaki sambil risiko terhadap golongan berkenaan semakin meningkat pada setiap tahun.

Penyelidikan diketuai Rachel Huxley dari Universiti Minnesota, mengkaji semula kajian yang pernah diterbitkan di antara 1966 dan 2010 terhadap 2.4 juta individu termasuk 44,000 pesakit jantung.

Kajian semula itu mendapati perokok wanita mempunyai risiko 25 peratus lebih besar untuk mengalami masalah jantung berbanding lelaki dan perbezaan risiko perokok lelaki dan wanita meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!