Tuesday, December 6, 2011

BILA ARTIS KAHWIN LARI


Artis remaja, Aurelie Moeremans dan kekasihnya, Roby Tremonti sudah berkahwin tanpa restu orang tua Aurelie.

Secara ringkas, pasangan itu telah kahwin lari.

Perkara itu diakui oleh Roby dan Aurelie. Mereka mengaku bernikah di gereja Katolik Mardi Yuana di Cibinong Jawa Barat, tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa Aurelie.

“Ya, kami sudah bernikah. Amin. Kami bernikah pada 10 Oktober lalu di gereja Katolik Mardi Yuana Cibinong,” kata Roby ketika dihubungi.
 Hubungan cinta Roby dan Aurelie tidak mendapat restu ibu bapa Aurelie. Mereka tidak mahu Roby menjadi teman hidup Aurelie.

Tidak berapa lama dahulu, ibu bapa Aurelie berkata, anak perempuan mereka telah diculik oleh bintang sitkom ‘Police 86’ itu.

Roby juga telah dituduh membasuh fikiran Aurelie.









.

Daftar I-Akaun KWSP Untuk Semakan Mudah Secara Online


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai Januari tahun depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata, ia bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemaskini penamaan mereka apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak.

"Kegagalan mengemaskini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya ia merupakan akaun online peribadi untuk ahli dan majikan menjalankan transaksi terpilih melalui laman web myEPF dengan selamat.

"Ahli-ahli digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online ini disediakan," katanya.







.

Dialah anak yang sebenar..


Seorang wanita Sweden yang membuat dakwaan terbuka bahawa dialah sebenarnya anak perempuan Raja Rock 'N' Roll, mendiang Elvis Presley telah memfailkan saman fitnah dan tekanan emosi bernilai AS$130 juta ke atas keluarga dan juga pemegang amanah harta pusaka penyanyi popular dunia itu.

Lisa Johansen, 43, mendakwa dia telah dipaksa melarikan diri ke Sweden selepas kematian ayahnya pada tahun 1977 oleh ahli keluarga yang lain kerana bimbang akan menjadi mangsa penculikan.
Sebagai ganti, kata Lisa, dia telah digantikan dengan seorang "penyamar" iaitu Lisa Marie Presley.
Kata Lisa Johansen lagi, dialah anak kandung sebenar Priscilla Presley.

Selama bertahun-tahun, Lisa Johansen mengekalkan imej berprofil rendah tetapi beberapa siri pertelingkahan dengan ahli keluarga Elvis yang lain telah mendorongnya untuk memfailkan saman fitnah ini.
Lisa secara rasminya telah memfailkan samannya di Mahkamah Daerah Memphis, Tennessee pada 21 November lalu.

Tetapi sebelum itu segala-galanya bermula apabila Lisa bersama suami dan anak-anaknya telah berkunjung ke Memorial Elvis di Graceland Ogos lalu untuk memberi penghormatan ke atas ulang tahun kematian Elvis.
Ketika di sana dia telah menceritakan dengan panjang lebar mengenai sejarah dirinya dan hubungannya dengan Elvis kepada staf memorial tersebut.
Ini telah mendorong peguam kepada keluarga Elvis, Martin Singer menghantar surat kepada peguam Lisa Johansen membantah sikap Lisa ketika berada di Memorial tersebut.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!