Saturday, December 10, 2011

Adakah itu Ronaldinho?


Di dunia maya kini beredar video yang memperlihatkan rupa mirip Ronaldinho yang terlihat sedang asyik "bermain" dengan dirinya sendiri dalam sebuah kamar mandi. Dalam video berdurasi pendek itu terlihat Dinho yang bertelanjang dada terlihat sedang melakukan sesuatu di depan kamera webcam laptopnya.

Namun justru tanggapan  ringan datang dari pelatih Dinho di Famengo, Vanderlei Luxemburgo yang menjawab pertanyaan wartawan ketika sesi berjumpa wartawan berlangsung.

"Ini adalah masalah peribadi Ronaldinho. Saya tidak boleh mengawal apa yang berada di komputer pemain saya. Yang boleh saya lakukan adalah menyingkir dari hadapannya sebelum dia akhirnya .... ," ucap Lux yang memancing tawa dari wartawan yang hadir.

"Sekarang cuba saya tanya anda. Siapa yang sudah melihat video Ronaldinho?"

Sebenarnya tidak jelas apa yang Ronaldinho lakukan di depan webcam ini. Hanya melihat dirinya bertelanjang dada di dalam kamar mandi membuat orang terfikir negatif.








.

Sebuah cerita yang sangat menyayatkan hati~


Dalam paparan mata, anjing setia Cina ini enggan untuk meninggalkan kubur tuannya walaupun selepas tujuh hari tanpa makanan.

Lao Pan pemiliknya, yang meninggal dunia berumur 68 awal bulan ini, tinggal bersendirian di sebuah rumah kecil di kampung Panjiatun dengan hanya anjing untuk syarikat.


  
Selepas tujuh hari tanpa makan, penduduk kampung berkenaan mula membawa makanan dan air dan juga merancang untuk membina sebuah kandang anjing kecil untuk anjing itu berlindung pada waktu malam.

Seorang penduduk kampung memberitahu bagaimana beliau memutuskan untuk menerima anjing itu dan membawa dia kembali ke rumah tetapi anjing itu segera melarikan diri dan bergegas kembali dekat kepada kuburan tuannya.












.

Hospital terbakar..


Sekurang-kurangnya 70 pesakit dan tiga kakitangan Hospital Kolkata meninggal dunia akibat lemas dalam kebakaran di hospital itu selepas api yang marak menjilat bangunan itu hari ini.
Angka kematian bertambah sejak pagi semasa anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan berdozen-dozen mereka yang terperangkap di hospital pakar swasta AMRI di Dhakuria, di selatan Kolkata.

Kira-kira 160 pesakit dimasukkan ke hospital apabila kebakaran bermula pada kira-kira 3.30 pagi di kawasan bawah tanah dan ramai yang mati kerana tiada laluan keluar yang sesuai dalam bangunan bertingkat-tingkat itu, demikian dilaporkan saluran televisyen.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee menyifatkan insiden buruk itu sebagai “jenayah yang tidak dapat dimaafkan” dan segera membatalkan lesen hospital itu.
Sekurang-kurangnya 40 pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi tidak dapat menyelamatkan diri menyebabkan mereka rentung dalam kebakaran itu.

Kes jenayah terhadap pihak berkuasa hospital difailkan.






.

Dua rakan maut nahas kereta dengan van

Dua pemuda maut dan seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah van di Kampung Kubang Itek, Lubok Setol, di sini hari ini.
Dalam kemalangan kira-kira 10 pagi itu, Mohd Norhakim Sabaruddin dan Mohd Aizad Salahuddin, yang cedera parah pada badan dan muka mati di tempat kejadian.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Abdul Ghani Mamat berkata, rakan mangsa, Sazali Mohamad yang cedera di bahagian muka, dirawat di Hospital Pasir Mas dan dilaporkan stabil.
Sementara itu, pemandu van, Mohd Azman Omar, 28, dan kelindannya yang belum dikenal pasti tidak mengalami kecederaan, katanya di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu yang datang dari arah bertentangan bertembung selepas melalui satu selekoh berbahaya di kawasan tersebut.
Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan remuk teruk di bahagian depan menyebabkan mangsa tersepit dan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mereka, katanya.








.

AirAsia mansuh bayaran RM10


AirAsia Bhd akan memansuhkan bayaran daftar masuk manual sebanyak RM10 untuk penerbangan antarabangsa pada bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes hari ini.
Beliau berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu juga meninjau untuk menyemak semula caj kemudahan yang dikenakan terhadap penumpang AirAsia.

Fernandes, bagaimanapun berkata, bayaran daftar masuk akan kekal bagi penerbangan domestik memandangkan penerbangan berkenaan tanpa gangguan, oleh itu tiada sebab penumpang mendaftar masuk melalui laman web.

"Penerbangan antarabangsa memerlukan lebih banyak kertas dan proses pengenalan, jadi kami memutuskan untuk menghentikan mengenakan bayaran kepada penumpang,” kata beliau selepas merasmikan Pusat Pengembaraan dan Perkhidmatan ke-35 AirAsia, pusat sehenti bagi perkhidmatan dan perjalanan yang menawarkan tempahan penerbangan dan hotel serta pelancongan di KL City Walk, berhampiran Kuala Lumpur City Centre.

Fernandes berkata, pusat berkenaan akan memudahkan penumpang AirAsia mendapat akses kepada jadual penerbangan, produk dan perkhidmatan.

"Pusat berkenaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan di luar talian, mereka yang tanpa akses kepada laman web kami serta tidak dapat membuat tempahan di rumah,” katanya.








.

Maut dihempap lif

Seorang penagih dadah mati dihempap lif ketika cuba mencuri kabel di sebuah bangunan lama di Jalan Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang.

"Lelaki itu maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.
Zulkarnain berkata, mangsa cedera parah di bahagian badan dan kepala akibat dihempap besi lif yang terjatuh ke atasnya.

Bangunan lama berkenaan dikatakan menempatkan sebuah kolej swasta sebelum ini.

"Mayat lelaki itu kemudiannya dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!