Mangsa, Go Heong Kwee, 43, mendakwa, hampir setiap hari dia berdepan dengan pelbagai gangguan daripada ah long terlibat termasuk yang datang ke rumah dan kilangnya di Bercham di sini untuk meminta wang.
Lebih malang, anak keduanya, Goh Kim Sing, 23, yang berhutang dengan ah long tersebut kini melarikan diri bersama isterinya sejak sebulan lalu.
''Saya telah mengesyaki anak 'buat hal' apabila mendapati duit perniagaan hasil kilang arang kami susut dan kerugian sejak setahun lalu. Ternyata telahan saya benar apabila saya mula diganggu ah long empat bulan lalu.
''Saya telah menjual rumah, kereta dan meminjam daripada kawan untuk melunaskan hampir RM800,000 hutang anak kepada ah long. Bagaimanapun, saya amat terkejut kerana bukan seorang ah long dia berhutang tetapi juga dengan 27 ah long yang lain,'' katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin.
Menurut Heong Kwee, dia tidak tahan lagi dengan gangguan yang dibuat ah long berkenaan manakala anaknya pula gagal dihubungi sehingga ke hari ini.
''Cukuplah! Selama empat bulan saya dan isteri hidup sengsara. Saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan anak saya. Hubungan kami putus.
''Kepada ah long yang mahu menuntut hutang, pergilah cari dia, jangan ganggu saya dan isteri. Kalau dapat tangkap Kim Sing, buatlah apa saja kamu mahu," katanya yang turut membuat laporan polis supaya tidak terus diganggu ah long terlibat.
Katanya, kereta Mercedes-Benz anaknya juga dipercayai telah dirampas oleh salah seorang ah long berkenaan.
''Saya tidak tahu berapa jumlah hutangnya dengan ah long. Apa yang saya harap, mereka tidak lagi mengganggu hidup saya," katanya.
Sementara itu, Kon Yin berkata, pihaknya amat berharap polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ah long yang terus mengganggu mangsa.
.
2 Penyokong CHELSEA:
teruknya anak tu...dah la gelapkan duet kilang ayah die.. dah tu hilangkan diri sampai ayah kene tanggung..hurmmm....
harap-harap dijauhi daripada ah long..takot...
kesian.. tak pasal2 bapa pun terlibat sama.... baik x payah pinjam kalau tak mampu bayar,, nyusahkan orang lain je
Post a Comment