Thursday, January 5, 2012

Dua sekeluarga rentung dalam kebakaran


Dua sekeluarga ditemui rentung selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Jalan Biru 4, Kampung Berjaya, di sini, kira-kira 1.40 pagi semalam.

Mangsa yang dikenali Chow Choo Mei, 60, (ibu) dan Lim Yee Chu, 26, (anak perempuan) ditemui di tingkat atas rumah dalam keadaan rentung manakala seorang lagi penghuni Lim Eng Geap, 60, (ayah) ditemui selamat oleh pasukan bomba di bilik air tingkat bawah rumah.
Eng Geap yang mempunyai masalah pendengaran hanya mengalami cedera ringan di bahagian bahu kiri kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Seorang lagi mangsa yang merupakan jiran Eng Geap, Kooi Kim Bok, 64, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama isteri dan seorang anak lelaki di bilik berasingan terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat dan api marak terlalu cepat.

"Saya panik masa tu. Saya, isteri dan anak tekad untuk terjun dari tingkat atas setinggi tiga meter melalui tingkap bagi menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kooi berkata dia mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan serta kepala manakala anak dan isterinya patah kaki dan kini dirawat di HSB Alor setar.
Dalam kejadian itu dua rumah berkembar musnah keseluruhan termasuk sebuah kereta dan dua motosikal manakala dua lagi hanya terbakar di bahagian atas sahaja.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Alor Setar Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan 2.03 minit pagi dan sampai di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

Dua jentera dan sebuah lori tangki dengan kekuatan 15 anggota dikejarkan bagi memadamkan kebakaran. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya 3.14 minit pagi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah yang juga AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata turun padang melawat tempat kejadian dan turut melawat mangsa di HSB serta menghulurkan sumbangan awal bagi meringankan beban mangsa.










.

2 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on January 5, 2012 at 8:50 AM said...

:(

Ce'gu JAERA on January 5, 2012 at 10:38 AM said...

sabar ketika menerima musibah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!