Monday, January 30, 2012

Ini adalah Nyamuk gergasi


Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan.







.

2 Penyokong CHELSEA:

maszull on January 30, 2012 at 12:49 PM said...

assalamualaikum Lulu...bahaya ni nyamuk gergasi plak tu kalau kene gigit pasti demam agaknya...:)

Muhamad Rozaide on January 30, 2012 at 7:07 PM said...

Ini bukanya pepatung kea ? o.0

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!