Saturday, January 7, 2012

Lahirkan anak dalam penerbangan


Seorang wanita China berusia 23 tahun yang sarat mengandung mengalami pengecutan rahim pada 50 minit pertama penerbangan sebelum melahirkan anak ketika menaiki pesawat wilayah Sichuan ke Wuhan, semalam.

Akhbar Shanghai Daily yang memetik kenyataan pegawai lapangan terbang berkata, wanita itu, Feng Yu berbadan kurus dan memakai baju besar menyebabkan dia tidak kelihatan seperti sedang sarat mengandung.

Prosedur penerbangan menetapkan wanita mengandung melebihi tujuh bulan dinasihati tidak menaiki pesawat.

Yu bernasib baik kerana empat krew pesawat yang terlatih berjaya menyambut kelahiran bayinya itu.

Seorang daripada krew penerbangan, Zuo Lei berkata, dia berasa cemas apabila badan bayi tersebut mula tersangkut walaupun kepalanya sudah keluar.

"Saya cuba menenangkan diri dan memegang erat tangan wanita itu serta berusaha sedaya-upaya mengingat kembali latihan kecemasan yang telah dipelajari," katanya.

Sebaik sahaja bayi yang dinamakan Angel itu selamat dilahirkan, penumpang pesawat tersebut memberi tepukan gemuruh dan bersorak.

Pesawat itu kemudiannya mendarat tujuh minit kemudian dan pasukan perubatan membawa Yu ke hospital.

Yu bukan ibu pertama yang melahirkan anak pada ketinggian 4,000 kaki di udara.

Pada September 2010, Aida Alamillo melahirkan bayinya ketika dalam penerbangan dari Manila ke San Francisco.

Seminggu sebelum itu, seorang wanita Perancis melahirkan anak ketika dalam penerbangan ke Paris.




P/S - Gambar sekadar hiasan..









.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on January 7, 2012 at 5:18 PM said...

mujur selamat melahirkan slps melanggar peraturan kan.. akak pernah terbaca, anak yg lahir dalam penerbangan akan didaftarkan tempat kelahirannya mengikut negara pengeluar pesawat.. tak tahulah betul ke tidak..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!