Sunday, January 8, 2012

Maut kereta dihempap dahan pokok


Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pontian maut manakala teman lelakinya parah apabila kereta yang dinaiki dihempap dahan pokok tembusu di persimpangan Jalan Gertak Merah - Dato' Menteri berhampiran Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru di sini semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Sintayana Abas , 25, yang mengikuti kursus jahitan di IKBN berkenaan maut dipercayai akibat kecederaan di kepala manakala teman lelakinya yang parah dikenali sebagai Farhan, 25.

Difahamkan ketika kejadian, hari hujan dan mangsa dalam perjalanan dari arah Zoo Johor ke pusat bandar raya dan apabila tiba di lokasi berkenaan tiba-tiba sebatang dahan menghempap kereta jenis Proton Saga yang dipandu Farhan.












.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on January 8, 2012 at 1:34 PM said...

wadu kesiannnyaa.. pokok tumbang macam ni la yang semua orang risau.. tengah behati2 memandu d tgh jalan, last2 pokok tepi jalan yang membawa ajal...
al-fatihah utk arwah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!