Monday, January 30, 2012

Pusat pemulihan terbakar, 26 maut


Sebuah pusat pemulihan khas untuk penagih dadah dan alkohol di daerah Andean hangus dijilat api semalam, menyebabkan 26 pesakit maut.

Beberapa mangsa yang terselamat berkata, kebakaran itu berpunca daripada dua pesakit yang menyalakan api dan mereka gagal menyelamatkan diri kerana pusat itu berkunci bagi mengelakkan pesakit melarikan diri ketika menjalani rawatan.

"Dua mangsa cuba melarikan diri dengan membakar beberapa helai pakaian dan melemparkannya ke pejabat pengurus. Selepas itu api terus marak dan menyambar bahagian dalam bangunan," kata seorang mangsa yang terselamat, Wilmer Garcia.

Kebanyakan mangsa maut akibat sesak nafas.

Datuk Bandar Lima, Susana Villaran berkata, pusat tersebut tidak mempunyai lesen perbandaran dan langkah drastik perlu diambil bagi mengelak kejadian serupa.

"Ini merupakan satu tragedi besar. Keluarga menghantar saudara mereka yang ketagih dadah dan alkohol dengan hasrat mereka boleh dipulihkan. Pusat ini sepatutnya dipantau oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa perbandaran," katanya.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!